Hari ini hari KIAMAT (?)..


Hari ini hari kiamat? Benar..hari ini adalah hari kiamat kalau ikut calendar kaum Mayan (Maya). Kaum Mayan ni adalah dari kategori kaum purba yang dahulunya mendiami  dibenua Amerika Selatan. Kalau ikut ramalan mereka tarikh 21-12-2012 adalah tarikh kiamat bumi ini. Aku malas nak komen banyak sebab memang xkan betul punya ramalan ini. Sebelum ni pun dah banyak ramalan purba ni silap tetapi orang-orang kita masih percaya pada ramalan2 ini. Memang banyak bangsa didunia percaya akan tibanya hari kiamat, bagi umat Islam, mempercayai datangnya hari kiamat juga adalah wajib dipercayai. Yang tak wajib dah tentulah ramalan2 karut tarikh kiamat ini.

Dibawah ni pula artikel yang dipetik dari Harian Metro bertarikh 20 Disember 2012 yang bertajuk Gangnam Style picu kiamat? Ramalan dibuat oleh Nostradamus, penyair, peramal astrologi Perancis (France) yang terkenal. 


“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.
“From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam bahasa Inggeris.

“Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus. Dalam erti kata lain apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan Nostradamus bermaksud: “Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.” Jadi, apakah ramalan Nostradamus bakal terbukti? Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah. - Agensi. 

link : http://www.hmetro.com.my/articles/GangnamStylepicukiamat_/Article

Komen kawan2

Komen  pertama  “ Bila terbukti kiamat tidak berlaku ikut ramalan2 dulu2 ni, mungkin lama kelamaan kepercayaan pada hari kiamat akan dilupakan..dan x mustahil waktu kita lupa inilah akan tiba hari kiamat..”

Komen kedua “ memang dah banyak tanda2 kiamat dah muncul…”

kiamat 2012
Inilah wajah bumi dari angkasa
Sumber Gambar : en:wikipedia

Sebenarnya banyak komen yang aku dengar malah ada yang bagi lagi satu tarikh bila pulak kiamat akan berlaku. Untuk kebaikan dan mengelak fitnah mahupun salah paham maka aku rasa elok jangan letak.. yelah mengarut…wajib percaya pada hari kiamat bukan percaya pada tarikh ramalan hari kiamat tu. Entri ni bertujuan untuk membuka minda dan menambah sedikit pemahaman sahaja..kalau ada yang rasa entri ni agak sensitif atau tidak sesuai boleh bagitau kat aku supaya boleh dibuang sahaja entri ini.

Sekian..jumpa lagi..terima kasih daun keladi..ada masa jenguklah lagi…

klik ini: 



Ulasan

Catat Ulasan