Bunga Kertas



Anda suka bunga? Topik aku kali ini simple jer (simple pun berjela jugakla) berkenaaan
 bunga kertas.Bunga ni kalau ditanam jenis biar je kurang menarik sikit tetapi kalau dikacuk dan dibongsaikan nampak cantik sangat.

Fakta Bougainville (Bunga Kertas)

·  Tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies.

·  Berasal dari Amerika Selatan terutama Argentina, Brazil, dan Peru.

·  Terdapat 3 spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. spectabilis, B. glabra,  dan B. Mrs. Butt. 

·  Mula dikenali dunia selepas ditemui Komander Laut Perancis pada 1768. Malah, ia dinamakan bougainvillea, sempena nama komander itu Louis Antoine de Bougainville.


Bonsai (sumber: artofbonsai.org)




·  Tanaman hiasan popular di Indonesia, Ethiopia, Filipina, Thailand, Pakistan, India, Sri Lanka, China, Taiwan, Vietnam, Australia, Greece, Sepanyol, Turki, Cyprus, Singapura, dan kawasan Mediterranean dan Kepulauan Caribbean, Afrika Selatan, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan bahagian selatan Amerika Syarikat dan Hawaii. 

·  Banyak kacukan dilakukan daripada tiga spesies asal ini (Malaysia) untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.


·  Mempunyai bunga berwarna-warni, mekar sepanjang tahun menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Sering ditanam di taman, kawasan perumahan dan kawasan hiasan laman. 

·  Sesuai sebagai tanaman pagaran, malah dijadikan bonsai dan tanaman dalam pasu dan bakul gantung selain sering dipilih menghias pergola dan trellis 


·  Menjadi bunga rasmi beberapa negara dan kota seperti Guam; bandar Lienchiang dan Pingtung di Taiwan; Bandaraya Ipoh; bandar Tagbilaran, Filipina; pekan Camarillo, Laguna Niguel, dan San Clemente, di California dan bandar Shenzhen, Huizhou, Zhuhai, dan Jiangmen di Guangdong, China dan kota Naha, Okinawa, Jepun.

(sumber dari akhbar tempatan dan pembacaan, maaf! aku lupa akhbar mana)

Akan datang : Topik bunga lagi – tajuk??

Ulasan

Catat Ulasan