TEKNIK ASERTIF DAN KELAB
KETAWA
Okay, sebelum kita pergi ke Kelab Ketawa kita pergi ke
teknik asertif dulu. Dalam bab sebelum ni aku letak teknik ni dalam tajuk mengurus stress anda. Mungkin ada antara
para pembaca yang tahu mungkin juga ada yang tak tahu,
Sifat manusia atau tindakbalas dalam menghadapi seseuatu
keadaan boleh dipecahkan kepada tiga kategori iaitu :
Pasif
Asertif
Aggresif
Ok jom lihat contoh :
Situasi :si Amin (bukan nama sebenar he he) datang lewat
ke kelas.
Pasif :
Amin masuk ke kelas secara curi-curi melalui pintu belakang kelas dan
duduk(walhal gurunya telah mengetahui kelewatan beliau).
Aggresif :
Amin terus menyerbu masuk dan duduk ketika gurunya mengajar tanpa memberitahu
tentang kelewatannya.
Asertif:
Amin mengetuk pintu dan apabila masuk memberitahu dan memohon maaf tentang
kelewatannya.
Boleh nampakkan perbezaan antara ketiga-tiga sifat ni
kan? So sifat asertif ni boleh disimpulkan lebih berhemah (bukan berkhemah) dan
digalakkan untuk kita mempraktikkan sehari-hari. So please, be assertive!!
presentation time
Ketawa penghilang stres? (kelab
ketawa)
“
Semasa seseorang ketawa, sekurang-kurangnya 3 unsur kimia yang berkaitan dengan
stres akan berkurangan dan system pertahanan badan akan diperkuatkan” (Morreal
1991)
Disebabkan ketawa dapat menghilangkan stres, maka the
laughing club (kelab ketawa) telah ditubuhkan merata dunia.Secara jujur aku tak
tahu apa aktiviti yang mereka buat, mungkin tonton raja lawak ka,atau buat
lawak sesama sendiri ka aku tak pasti.kebanyakkan kelab ketawa ini berada
dibawah payung Yoga, dan ada juga yang tiada kena mengena dengan Yoga.Semua
kelab ini bermotifkan satu matlamat : hilangkan stres untuk kesihatan yang
lebih ideal!
Maksud sebenar, kita hendaklah buat sesuatu yang
menggembirakan kerana ini dapat mengurangkan stress. Jikalau menonton cerita
P.Ramlee Mr Bean atau Stephen Chow boleh buat kita ketawa dan gembira maka
tontonlah (Stephen Chow memang lawak giler2 punya). Yang penting suasana stress
dapat dikendurkan.
Sedikit contoh:
Link http://www.laughtertherapy.com/
http://www.worldlaughtertour.com/
http://www.laughterclubsvic.org/
Nota: kalau nak
ketawa sorang2 pastikan tiada orang disekeliling
coming soon :Terapi Warna
coming soon :Terapi Warna
Ulasan
Catat Ulasan