Teluk Senangin

Teluk Senangin, pernah dengar tak? Kalau sebut Teluk Batik sure ramai yang tahu walaupun tak pernah pergi. Aku rasa x payah lah nak promote Teluk Batik tu sebab tempat tu sememangnya dah terkenal pun.





Apa yang ada dekat Teluk Senangin ni? Ikutkan takder apa pun sangat, cuma tempat ni cukup tenang dan damai. Sesuai untuk bersantai dengan kawasan pantainya yang luas dan landai. Lupa pulak nak bagitahu kat mana tempat ni kan. Letaknya di Segari, Perak. Kalau ikut jalan Pantai Remis menuju ke Lumut akan jumpa Segari so kalau nak lencong jap bolehla tengok2 kawasan ni. Tak banyak peniaga disini so x banyak la yang nak dibeli disini. Selalunya aktiviti yang kelihatan disini mandi-manda,memancing dan bbq. Aku ada terbaca satu blog yang mengatakan terdapat banyak lalat disini, aku x nafikan, tapi kehadirannya xla sebanyak yang dikatakan. Mungkin disebabkan aktiviti bbq yang mengundang makluk ni. Kalau yang dari selatan tanahair janganlah amik cuti semata-mata nak datang sini,takut frust plak; yela kawasan ni agak terpencil dan sunyi. Korang boleh terus ke Teluk Batik, jarak perjalanan dalam 30 minit dari sini. Teluk Senangin bagi penduduk tempatan cukup popular sebab disini banyak ativiti bersama keluarga mudah dilakukan sebab Teluk Batik kadangkala pengunjung terlampau ramai. So meh layan gambar..


BBQ Time!!


Makan Time!!







Teknik mengendurkan perut lepas makan.. he he


- Jumpa lagi-

Ulasan

Catat Ulasan