Fenomena Halo





(ihsan Bernama)



Aku ada berbual dengan dua orang rakan ditempat kerja. Bila sebut pasal Halo jer diaorang tercengang-cengang. Bukanlah nak kata aku ni pandai sangat so dari peristiwa ni aku rasa elok  juga aku masukkan kisah Fenomena Halo ni.  Aku kena refer la jugak maklumat yang aku ada  dan tambah-tambah sedikit; yela mustahil aku boleh hafal data-data yang saintifik sangat. Ok jum kita tengok..


Baru-baru ni Halo jelas kelihatan di Alor setar, Malaysia, beberapa hari lepas kes gempa bumi baru2 ini.Lingkaran pelangi kelihatan mengelilingi matahari. Kalau bulan pun sama gak kita panggil.
Halo ni ada banyak jenis, kalau nak tengok kena taip halo phenomenon la jangan taip halo jer kang macam2 halo plak yang kuar.

Bagaimana ia terjadi?

Ia terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus (sila rujuk buku sains anda) pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter dari paras tanah. Halo juga boleh menjadi petunjuk untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam terutama jika diikuti awan pertengahan (jab kaji cuaca la kata). Awan cirrostratus ni sangat nipis sebab tu bulan atau matahari boleh dilihat melaluinya. Cahaya yang dibiaskan inilah yang dipanggil Halo.

Ulasan