PRU15? Siapa PM ke 10? Jom baca analisa kami..(bacaan santai)


Dato Seri Mukhris Tun Mahathir

PRU 15 dibuat lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Rata-rata rakyat marhaen memang tidak setuju sebab tidak nampak keperluan untuk diadakan pilihanraya.

Ikut suka lah macamana pun. Undi tetap kena undi jugakkan. Ok jom kita cuba buat analisis simple calon calon Perdana Menteri yang umum kita tahu setakat ini. Analisis ini kita buat tanpa mengira kekuatan parti. Bagi yang fanatik politik gila gila maka dinasihatkan untuk tidak membaca artikel ini. Mungkin anda akan tersinggung.Ini adalah pandangan rakyat yang memerhati bukan pandangan professional mana mana pakar analisis mahupun professor universiti. Segala cerita kontroversi mahupun skandal kita letak tepi. 

Ok jom kita mula..

DS Najib Tun Razak
Dikatakan akan kembali berkuasa pada PRU15. Dikatakan juga akan buat comeback semula walaupun akhirnya semua tahu logiknya tidak mungkin buat masa terdekat ini. You know why.. 

DS Azmin Ali 
Individu yang famous juga. Dahulu dikatakan bakal Timbalan Perdana Menteri dan tidak mustahil ada juga yang percaya beliau berkemungkinan jadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Apapun yang kami(segelintir rakyat) rasa buat masa ini tidak mungkin. Imej beliau yang melompat kesana sini tidak digemari rakyat walaupun beliau disukai sewaktu pernah menjadi menteri besar di Selangor. 

DS Mukhriz Tun Mahathir 
Cakap cakap mengenai kemungkinan ini telah lama didengari. Dengan bantuan dan sokongan ayahandanya beliau akan diangkat sebagai Perdana Menteri. Umumnya bagi kami dibuka minda tidak tahu kebenaran atau kesahihan tentang ini. DS Mukhris secara keseluruhan adalah figura yang popular juga. Cuma auranya tidak dapat dirasa sangat. Peluang beliau juga dirasakan rendah buat masa inilah.. 

Tun Mahathir Mohamed 
Negarawan terbilang.. Siapa pun pasti kenal dan tahu. Beliau tidak menolak sekiranya dicalonkan sekali lagi sebagai Perdana Menteri. Yang menjadi persoalan ialah.. relevan kah beliau untuk diangkat sekali lagi sebagai Perdana Menteri. Kekuatan beliau dan strategi yang dipakai pada PRU 14 menyaksikan kemenangan pada team Pakatan Harapan. Memang suatu sejarah buat negara apabila Barisan Nasional tumbang ketika itu. Walaupun begitu rata rata rakyat berpendapat beliau sepatutnya bersara sahaja.. Lebih baik beliau bertindak sebagai penasihat dari menjadi Perdana Menteri.. Apa lagi yang beliau nak.. 


DS Anwar Ibrahim (DSAI)
Tidak sah kalau bercakap pasal Tun Mahathir jika tidak sebut nama DS Anwar Ibrahim! Umumnya tahu kenapa. Bertahun tahun sokongan kepada DSAI dilihat mendatar.. tiada sokongan baru. Bagaimanapun mengikut pandangan sesetengah rakyat marhaen, sokongan terhadap beliau dilihat ada peningkatan. MUNGKIN beliau dilihat lebih sabar lebih tabah setelah sekian lama. Ada juga berpendapat bagi saja peluang untuk beliau, kalau tak perform buat je macam PM yang lain.. Guling dan ganti yang baru pulak. Ada juga berpendapat beliau akan kekal sebagai bakal PM atau PM tepi selama lamanya...apa pulak pendapat tuan tuan?

DS Zahid Hamidi (DSZH)
Keputusan mahkamah untuk tidak mendakwa untuk 40 pertuduhan sedikit sebanyak pasti menggembirakan beliau Yelah siapa jua ditempat beliau pasti susah hati, kalau dibicarakan pasti memakan masa yang lama.. Nak gerak ke sana sini pun pasti susah. Jika beliau berminat menjadi Perdana Menteri rasanya mungkin tidaklah sukar. UMNO cuma perlu menang sahaja kali ini. Sokongan akar umbi dikatakan berbelah bagi.. Yelah calon dari UMNO pun banyak juga.. Apa pendapat anda tentang peluang DSZH?

DS Utama Hj Mohamed Hassan @Tok Mat

Timbalan presiden UMNO ini adalah sangat popular. Tiada kes melibatkan beliau di mahkamah. Adakah beliau akan diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang? Kemungkinan tetap ada.. Rata rata dari survey ringkas, ramai yang tiada masalah sangat dengan beliau.. Cuma suara beliau kurang kuat didengari.. 

DS Ismail Sabri
Adakah beliau akan kembali semula sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang PRU15 ini? Pada pandangan rakyat beliau dilihat neutral, tidak lantang bersuara.. Yelah takkan nak kutuk parti lain yang sokong beliau sebelum diangkat sebagai Perdana Menteri pulak kan. Isu kenaikan harga barang menjadikan beliau diserang didalam social media. Meski begitu sokongan terhadap beliau tidaklah boleh dipandang rendah.. Adakah beliau akan dipilih semula sebagai Perdana Menteri? Susah juga nak jawab kali ini..

Khairy Jamaludin @KJ

KJ.. Sangat popular terutama waktu beliau menjadi Menteri Bekia dan Sukan suatu masa dahulu. Penampilan beliau yang mesra dikhalayak ramai memangnya diketahui dan disenangi.. Cuma waktu menjawat jawatan Menteri Kesihatan ini lah beliau teruk juga dikecam. Ramai juga meramal beliau akan menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Beliau dilihat seorang yang rajin bekerja. Tapi entahla dengar dengar geng geng tertentu didalam UMNO kurang suka dengan beliau. Sekarang (waktu artikel ini ditulis) tidak ditentukan lagi kerusi manakah beliau akan bertanding atau adakah beliau akan dilupakan dalam PRU15 ini..?


Dato Seri Panglima Mohd Shafie Afdal.
Secara purata beliau bukanlah calon favorite tetapi nama beliau pernah di canang sebagai calon Perdana Menteri Malaysia. Peranan beliau ketika PRU14 menumbangkan Barisan Nasional tidak dapat disangkal lagi. Dengan kekuatan Parti Warisan ketika itu meskipun setahun jagung mereka berjaya menakluk Sabah pada PRU yang lalu.. Dari populari rasanya kurang popular berbanding calon lain.. Dari segi peluang pun rasanya kurang juga.. Inilah pandangan masyarakat di Malaysia buat masa ini. 


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH)
Beliau juga calon Perdana Menteri. Sudah tentu pencalonan beliau datang dari PAS. Beliau boleh dikatakan famous jugala.. Yelah dah lama kan takkan orang Malaysia tak kenal pulakkan. Dari segi lain masih ramai yang skeptikal dengan kemampuan beliau. Apakah wawasan beliau (meskipun dah diberitahu berulang kali). Secara jujurnya kami melihat peluang beliau untuk jadi Perdana Menteri mungkin sekitar 30 peratus sahaja (buat masa ini).

Ok dah baca kan.. Apa pendapat anda? Setuju atau tidak?

Peringatan dan penafian : sebarang komen di blog ini tidak mencerminkan pandangan kami. Adalah dinasihatkan supaya berhati hati dalam membuat lontaran pandangan... Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap komen komen yang menghina, menghasut, menfitnah dan sebagainya.. Terima kasih! 

Ulasan