Kisah Basikal Lajak | Oh Ibu Dan Ayah!

Baru baru ini bergaduh netizen semua di Facebook pasal kes langgar budak yang main basikal lajak. Rasanya ramai yang tahu. Siapa menang siapa betul siapa yang salah kita letak tepi dulu.. Aku cuma nak sembang pasal basikal lajak saja.. Cerita kat atas tu anggaplah sebagai intro aku sahaja.

Basikal lajak ini jadi kegilaan dikalangan budak budak kecik yang main basikal. Basikal lajak memang diubah suai sikit handle dan beberapa bahagian tertentu supaya senang nak ber superman. Kebiasaannya lokasi turun bukit adalah spot favorite diaorang.. Yelah boleh dapat kelajuan maksimum kot!

Isunya... Mak bapak tak tahu ke anak dia terlibat dengan aktiviti ni?? Sibuk sangat kah dengan kerja sampai tak sedar apa yang berlaku dirumah? Patutnya bila dah nampak basikal yang anak korang modified ni buang je terus.. Biar dia rasa. Tegur la dengan tegas.. Bagi amaran.. Jentik telinga jika perlu.. Memang kita kena kawal anak tu jangan bagi kebebasan melampau.

Jadi macam kes diatas, siapa yang menangis siapa yang rugi siapa yang patut dikecam salahkan? Benar cakap Sultan Johor biar anak menangis dulu jangan kita yang menangis kemudian.

Jadi mainlah peranan sebagai ibu dan ayah. Jangan turut kehendak anak sangat, nak apa semua bagi.. Ini trend mak bapak sekarang.. Nak tolak permintaan anak tu berat sangat.. Ajar mereka hidup ini bukan semua kita boleh dapat semudah abc. Jangan biar anak keluar waktu malam melainkan tuisyen atau mengaji Quran. Ini anak balik pukul 11 malam pun buat relax já tak da rasa nak marah.. Nak sporting pun tengok la umur anak tu berapa.. Waktu muda la kita nak lentur jangan jadi macam kisah Anakku Sazali.. Nak tegur pun dah terlambat bila anak dah jadi jahat.!

Oklah.. Sekian bebelan dari aku.. Selamat Berpuasa.. 

Ulasan