Terima Kasih I-Sinar (Walaupun Duit Sendiri) - Kemana aku habiskan..


i sinar kwsp
i- sinar KWSP

Pemberian I-Sinar telah pun selesai. Rata-rata penerima dah tentu bersyukur kalau tak bersyukur aku tak tahulah nak kata apa. Memangla duit kita sendiri..tapi nak keluar saja saja memang payah, kena ada sebab kukuh baru boleh keluar. Aku bersyukur walaupun itu duit aku sendiri.


Apa yang anda buat dengan duit tersebut? Ada juga yang modified rumah tambah bumbung ,Ada yang beli emas dan macam-macam lagi la. Bab beli emas tu aku ok je, bab buat bumbung tambahan tu aku kurang la setuju sebab duit yang banyak dihabiskan begitu sahaja. Kalau kita tegur dah tentu melenting duit aku,aku punya pasalla..so lantak ko la...

Berikut ialah senarai apa yang aku buat dengan duit tersebut.

Simpan ASB RM 1200
Repair motor dan tukar tayar RM 500
Repair kereta dan servis RM 450
Tukar Sportrim RM 1100
Sportrim lama tu ada pecah pecah sikit 11 tahun dah guna..so tukar jela
Saham akhirat RM 240
Hutang MARA RM 200
Mini kamera (YouTube) RM 250
Simpanan Emas RM 360
Simpanan Koperasi RM 400
Simpanan SSP BSN RM 3000
Makanan kucing RM 400
Maintenance Runah 330
(Sebulan RM 55 darab 6 Bulan )
Dirham (Perak) RM 120
Air humidifier RM 150
Ketuhar elektrik RM 220
Periuk elektrik RM 120
Kebetulan yang lama rosak pulak
Simpanan kecemasan RM 450

Total semua RM 9490
Baki RM 10000 - RM 9490 = RM 510
Baki tu guna tampung perbelanjaan harian

So ok tak cara aku belanja tu..banyak juga yang dapat dibuat kan? Boleh juga jadi kenangan aku nanti bila aku baca balik blog ini dimasa hadapan nanti.Korang setuju ke tak..lantakla duit aku kan..hehe

Ok jumpa lagi nanti..bye 

Ulasan

  1. Sekarang ni apa-apa jek yang bole datangkan income memang kena try. Elakkan dari ber hutang . Byk uncertainties skrg ni. Kalau gomen kasik duit , gunakan dengan waras.

    BalasPadam

Catat Ulasan