Penutup blog 2020, Selamat Datang 2021

 

ending year 2020
2021 


Penutup blog 2020


Terbitnya entri ni maknanya tamatlah penulisan blog Buka Minda untuk tahun ni. Nak cerita apa ye entri ni?

Sudah tentu apa yang berlaku pada tahun 2020 ni. Entri aku sebelum ni ada aku tulis adakah tahun 2020 ini tahun bencana. Korang scroll la ke bawah kalau nak baca topik tu. Kali ini pun lebih kurang ja tetapi aku akan elakkan la bercerita point yang sama ja.

Alhamdullillah aku masih aktif menulis walaupun rata rata blogger ada yang beralih menulis diFB dan ada yang berhenti terus. Mungkin ada yang tanya dapat duit ke menulis ni..dapat tu sikit je .. baik buat YouTube channel lagi lumayan.Amik masa bertahun baru nak boleh cash duit. Sebab blog ni jarang orang nak lawat. Sekarang ni semua orang asyik dengan YouTube , FB dan Instagram.

Virus Covid 19 ni belum ada penawar yang benar benar mujarab.Cuma kedengaran vaksin menunjukkan hasil yang positif untuk digunakan. Dengan SOP sana sini memang memeningkan kepala aku. Tahun ni aku hanya perg jauh hanyai ke Shah Alam atas urusan kerja.Lain lain aku duduk Di rumah dan tempat kerja sahaja.Hebatkan aku he he.

Rata rata semua orang didunia mahu wabak pandemik ini berakhir.Yelah semua letih dengan SOP apatah lagi frontliner kita lagi kesian. Berpeluh dalam PPE , kerja tak tentu masa..masyaAllah..mesti penat gila ..Terima kasih frontliner!!

Apapun kedatangan 2021 nanti hendaknya berakhirlah wabak Covid ini walaupun dijangkakan berlarutan selama dua tahun. Terima kasih buat pengunjung blog ini... selagi ada pembaca selagi itu lah aku akan menulis...

Jumpa tahun depan

#2020 #welcome2021 

jom layan vespa : 


Makan laksa naik vespa :



BYE2  2020


Ulasan