GEMPAR!! Letupan Besar di Beirut, Lubnan



INI ADALAH BERITA TERGEMPAR

BEIRUT: Jumlah mangsa korban dalam letupan kuat di sebuah gudang di pelabuhan dekat sini, petang Selasa, terus meningkat.
letupan di beirut, lubnan

Setakat ini, lebih 70 individu terbunuh dan 3,000 penduduk lagi dilaporkan tercedera dalam dua siri letupan besar di ibu kota Lebanon, lapor agensi berita ArabNews.
Letupan berkenaan di kawasan pelabuhan ibu kota itu dengan gegaran kuat boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer daripada lokasi kejadian.


Terdapat rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan mengakibatkan kepulan asab tebal, api marak dan menggegarkan bangunan di ibu kota.
Pada masa sama, kedengaran jeritan penduduk yang bergegas menyelamatkan diri di dalam restoran dan dari balkoni kediaman masing-masing.
Kebanyakan daripada mereka menyangkakan insiden itu berpunca daripada gegaran kuat akibat gempa bumi.

hancur,beirut musnah,berita terkini lubnan,explosion

Akibat daripada letupan itu, banyak bangunan di ibu kota itu turut musnah dengan tingkap kediaman berkecai dan siling runtuh.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Lebanon, Hamad Hasan, berkata letupan itu mencatatkan 'angka kecederaan yang tinggi'.
Bagaimanapun, punca sebenar letupan itu masih belum diketahui.
Ketua Keselamatan Dalaman Lebanon, Abbas Ibrahim, dalam satu kenyataan, enggan menimbulkan sebarang spekulasi berhubung tragedi berkenaan berikutan siasatan terperinci sedang dijalankan.
Letupan itu berlaku beberapa hari sebelum tribunal antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjatuhkan hukuman terhadap empat lelaki yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri dan 21 individu lain dalam satu kejadian pengeboman pada 2005.

Beirut Incident,letupan lubnan,lebanon explosion
Gambar sebelum dan selepas

Suspek dikenal pasti sebagai anggota kumpulan militan Iran, Hezbollah.Kejadian letupan itu amat mengejutkan penduduk yang sedang bergelut untuk menghadapi ancaman COVID-19 dan dalam masa sama, kerajaan turut mengalami krisis kewangan yang serius. -AGENSI
Credit news : 

Ulasan