Cara Dakwah Tabligh di Malaysia Tidak Sesuai Lagi?


tabligh di Malaysia,covid 19,kluster tabligh covid 19,jemaah sri petaling


Cara dakwah Tabligh di Malaysia tidak sesuai lagi?

Sebelum mula, pahamkan tajuk dulu. Baca sampai habis. Kalau rasa tak sedap hati jangan baca sebab tajuk macam ni memang ada yang akan terasa hati tapi percayalah ini hanyalah suatu perkongsian pendapat sahaja.

Kisah ini merupakan perbualan diawal PKP tempohari. Diawal virus Covid 19 kita dikejutkan dengan penularan wabak dikalangan perhimpunan jemaah tabligh di Sri Petaling. Maka aku pun bersembang dengan salah seorang rakan ditempat kerja.

Tentang apa yang berlaku kami berdua tidak menyalahkan geng tabligh. Benda nak jadi (pepatah melayu modern ni). Selanjutnya berkisar tentang cara dakwah mereka mengajak mengimarahkan masjid/surau dari rumah ke rumah. 
Mengikut rakan sekerja aku tu.. cara dakwah datang ke rumah bagi takzkirah tu tak sesuai dah sekarang ini. Sebab zaman sekarang dah banyak ustaz ustaz dalam masyarakat dan apa-apa informasi boleh dapat dalam internet sahaja. Nak tengok ceramah tengok ja dalam YouTube. Ini kata dia lah, sambung lagi, aku tengok yang mai kadang dari Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh ni cakap melayu pun tak pandai. Datang sini lebih kepada nak minta dana ja...

Sambung dia lagi, pasal apa tak pergi Myanmar ,Laos , Vietnam? Kalau nak berdakwah elok pi sana sebab ramai yang belum dapat hidayah disana. Jawabnya sebab sana miskin susah nak kumpul duit ,silap silap banyak pulak keluar duit. Kalau kat Malaysia banyak yang sponsor makan, tidur pun selesa sampai masa bawak balik duit ja.

Point last, berapa ramai yang masuk Islam sebab dakwah mereka..kalau ada pun sedikit sahaja. Ok setakat itu sahaja lah perbualan kami..yang lain lain aku pun tak ingat dah.

Mungkin ada yang nak tahu pendapat aku, well dalam perbualan ini aku cuma dengar saja.. pendapat beliau mungkin ada yang setuju mungkin juga tidak setuju. Bagi aku geng tabligh ni banyak jasa nya.. itu suatu benda yang kita tak boleh nafikan. Kita kalau tengok budak hisap rokok lepak lepak kita tengok saja tetapi orang tabligh memang berani menegur, tiada benda yang nak ditakuti melainkan Allah sahaja.

Kesimpulannya perbualan antara aku dan rakan sekerja ini bukanlah nak perlekeh amal ibadat mereka, siapalah kami ni kan. Cuma cara dakwah tradisi mereka dan mereka yang dari luar yang datang atas dasar dakwah Di Malaysia. Komen rakan sekerja aku ini aku jadikan cerita blog aku kali ini. Mungkin anda bersetuju mungkin juga tidak!

Maaf jika ada yang tersinggung..
Wa ilal I qok , syukran jazilan 




Boleh atau tidak mencium Al-Quran?

Ulasan