Halaman

Translate

Sabtu, 7 April 2018

Jum makan di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah,Sungkai






nasi dalam buluh,nasi bamboo
hidangan utama = nasi bamboo


Sebelum aku sampai sini aku pernah lah tanya kawan-kawan kot ada yang pernah sampai. Menurut reaksi salah sorang kawan dia kata pelayan kat sini malas ambil order dan sebagainya. Sebenarnya bila dah sampai sini barulah aku faham kenapa, sebab sini order self-service atau dalam bahasa kita layan diri. Kelakarla juga kalau fikir balikkan.

nasi,bamboo,sungkai,perak,makanan sedap
kredit imej : google.com

Sebenarnya aku suka makanan yang ada kat sini. Walaupun ada seorang kawan aku dia kata tak suka bau nasi dia yang pelik (kononnya). Bagi aku pulak ok jer..itulah kelainan yang aku suka kat restoran bamboo ni.

Macam-macam menu ada disini.Keli goreng panas,ikan bakar,ayam kampong serabut, udang bakar,ayam kampong bunian,kambing bakar yang disalai,daging masak hitam, gulai kawah dan macam-macam lagi.Secara jujurnya ada yang murah dan ada juga yang mahal dari segi harga makanan..apa pun tengokla harga kat menu ye.
Disini juga ada jual barangan kraftangan ,t-shirt dan sebagainya



motorsikal,stiker motor

Geng-geng bikers stiker yang dilekatkan disatu sudut khas, memang geng motorsikal selalu singgah disini.


ayam percik sungai kelah,ayam bunian
lauk pauk yang membuka selera


lauk -pauk,sungkai perak
kredit imej : themalaymailonline

ayam bunian masak sedap,ayam sedap
kredit imej : FB nasi bamboo Sg Klah

Bagaimana hendak ke sana?


Kalau ikut lebuhraya PLUS, keluar ikut EXIT Sungkai. Lepas bayar tol ambil simpang kanan .Dalam 250 meter sampai la ketempat ini di sebelah kiri jalan.

Alamat : Lot 53 Tanjung Balai, Jalan Slim River Sungkai, Perak.


Tempat mandi-manda santai keluarga yang berdekatan : klik sini HOTSPRING SUNGKAI


P/s: Buat tauke kedai kalau baca artikel aku ini ,jangan lupa bagi diskaun kat aku yer.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...