Halaman

Translate

Ahad, 18 Mac 2018

Hang Tuah Memang Wujud! Catatan Okinawa

hang tuah catatan okinawa,catatan vijayanagara,siapa nama sebenar hang tuah,ilmu silat hang tuah,taming sari,pahlawan melaka terbilang



Selama ini banyak perbalahan disebabkan pahlawan bernama Hang Tuah ini. Banyak pihak berpendapat Hang Tuah tidak lain dan tidak bukan hanyalah mitos. Aku sendiri pun was-was, walaupun aku dah baca banyak kisah dan kompilasi berkenaan Hang Tuah dari aku kecil lagi. Aku berpendapat kisah Hang Tuah ini berlegar dikalangan orang melayu sebagai medium hiburan, macam komik dalam dunia moden inila. Tujuan utama kisah Hang Tuah ialah untuk menaikkan semangat pendekar-pendekar melayu dan menambah rasa taat setia kepada Sultan dan juga untuk membangkitkan rasa bangga mempunyai pahlawan sehebat Hang Tuah.

Ternyata aku juga silap, dengan terbitnya buku Hang Tuah catatan Okinawa ini telah membuktikan bahawa Hang Tuah adalah watak dalam dunia nyata..bukan mitos. Bab awal menceritakan bagaimana Alexander the Great, Julius Ceaser dan Laksamana Zheng He (Cheng Ho) dibuktikan kewujudan mereka .Bukti-bukti utama ini (primer) dinyatakan dalam bentuk artifak, tinggalan bangunan,senjata ,dokumen dan sebagainya. Tujuannya supaya pembaca buku ini faham bagaimana catatan Okinawa ini merekodkan sejarah dan membuktikan kewujudan Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu tetap digunakan sebagai rujukan silang.

Surat-surat lama kerajaan Ryukyu dan Melaka telah menjadi bukti utama. Usia surat-surat ini adalah bertepatan dengan garis masa riwayat Laksamana Hang Tuah . Malah terdapat juga surat yang ditulis oleh laksamana (Lo-Hsi-Mana = Laksamana dalam surat bertulis kepada pemerintah Ryukyu) sendiri sebagai wakil kepada Sultan Melaka. The commentaries of the great alphonso dalboquerque catatan penakluk Melaka itu sendiri ada menyebut tentang seorang laksamana (lassamane – sepanyol) Melaka yang sangat hebat berusia 80 tahun yang bermukim di Singapura. Sudah pasti laksamana yang dimaksudkan itu mengikut pakar kaji sejarah adalah Hang Tuah.

Selepas kisah Tuah bertempur dengan Jebat, beliau banyak mengembara. Agak menarik jugak kalau diikutkan graf pelayaran beliau. Mungkin satu buku dapat diterbitkan dengan menggunakan tajuk : Hang Tuah – The Great Adventures atau Hang Tuah – Pelayaran Agung.


Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan buku Hang Tuah - Catatan Okinawa ini. Terjawablah sudah bahawa Hang Tuah adalah watak sebenar dalam Sejarah Melayu. Cuma kisah –kisah kehebatan beliau,beberapa peristiwa aneh ini mungkin ada yang boleh dipertikaikan..bagaimana pun yang itu citer lain pulak lah  k.

Kisah Hang Tuah di Vijayanagara, Benua Kling (India) : klik

Sekian jumpa lagi

BUKU : HANG TUAH CATATAN OKINAWA
Profesor Emeritus Dr Hassan Musa dan Dr Rohaidah Kamaruddin.  

p/s : kalau masih tak percaya jugak lantak korang lah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...