Halaman

Translate

Selasa, 2 Januari 2018

Jalan-jalan di Sabah - Kundasang,Ranau,Kota Kinabalu,Pulau Manukan


Jum jalan-jalan di Sabah!!

kundasang,gunung kinabalu,tempat menarik dikundasang
Pandangan pagi di Kundasang


Disember yang lalu aku bercuti selama dua minggu, jadi aku pun berjalan lah ke Sabah negeri dibawah bayu. First time aku pergi Sabah. Berikut ialah sedikit perkongsian beberapa tempat yang aku singgah sebagai kenangan aku disana.Semoga memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin kesana.



Kundasang, tempat yang cantik,sejuk dan udara yang segar. Rumah-rumah kampong dan sayur-sayuran adalah pemandangan yang utama disitu. Elok juga pakai sarungtangan buat mereka yang tak tahan sejuk. Dikundasang ini kita boleh lihat puncak Kinabalu yang berbatu .Itu pun kalau kabus tak menghalang pemandangan kita la. Dah sampai diKundasang jangan lupa singgah di Desa Dairy Cattle Farm a.k.a little New Zealand. Pemandangan memang cantik ala-ala berada diluar Malaysia. Disini anda boleh melihat lembu-lembu New Zealand ini serta menikmati susu , aiskrim segar dan beberapa produk lain berasaskan susu lembu. Jangan lupa snap gambar banyak-banyak untuk dibuat kenangan.


lembu sabah,sabah,bajau laut,kudat,ranau


kaki kinabalu,diary cattle farm,new zealand sabah,kundasang,jalan-jalan di Sabah
view untuk cuci mata dan udara segar



lembu di kundasang,new zealand sabah,kaum suluk,sulu,tawau,lahad datu
Unikkan lembu ni?



pemprosesan susu lembu,keju,kg diary cattle sabah
boleh lihat disebalik cermin cara-cara pemprosesan susu lembu



kek sedap,makanan tradisi sabah
cafe untuk lepak-lepak sambil makan kek


Lain –lain tempat menarik di Kundasang klik sini

Muzium Sabah
Ini adalah tempat yang agak menarik bagi aku. Bagi korang yang tak suka muzium ni belajar-belajarlah sejarah sikit.Ketahuilah sejarah dan budaya tempatan.
Muzium Sabah terletak pada 17 hektar tanah di Bukit Istana Lama di Kota Kinabalu. Di dalam kawasan kompleks ini juga terdapat taman etnobotani, zoo dan sebuah kampung warisan. Bangunan utama menempatkan galeri seni dan bersebelahannya juga terdapat beberapa galeri yang boleh dikunjungi pelawat.






sabah,muzium,ikan paus
Rangka ikan paus, masa mula-mula masuk ingatkan dinosaur



skeleton,bone,muzium sabah
rangka apakah ini?


tribe product,trouser made from wood

seluar diperbuat dari kulit kayu


Lain-lain maklumat berkenaan harga tiket dan sebagainya boleh klik website berikut :

Pekan Nabalu
Jika dari Kundasang ke Kota Kinabalu jangan lupa singgah di Pekan Nabalu.
Sini tempat nak beli barang-barang souvenir. Terdapat barangan seperti t-shirt, beg kulit,pen buluh,topi-topi, mainan dan macam –macam lagi.


pekan,nabalu,handycraft product,product of sabah,sabah malaysia
Pemandangan ketika hujan rintik..


Bombon Marakau
Menatang apa ni? Bombon Marakau atau Bombon Kampung Marakau terletak di Ranau. Disini anda boleh memberi makan dan membelai ikan-ikan sungai yang gemuk –gemuk. Memang ianya terapi yang sangat baik. Ikan disini kebanyakannya jinak jinak belaka.Terbaik!!

bombon marakau,kampung marakau,ranau,ikan jinak


sungai,marakau,ranau,tawau,balai polis
ikan bosau!

ikan sebarau,ikan sungai,fishing in sabah,wonderful sabah


sungai,jinak,ikan,bombon marakau
seronok nampak gayanye ni he he..


Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu merupakan bandaraya yang unik dengan latarbelakang masyarakat pelbagai kaum. Waktu flight tiba disitu (malam), pemandangan dari kapal terbang amat mengujakan. Kelihatan seperti bintang-bintang bertaburan diatas muka bumi. Indah sungguh.

Kalau nak cari keronsang mutiara, rantai Kristal maka disinilah tempatnya. Boleh beli di Pasar Philipine, pasar malam dan lot-lot kedai area jeselton ini.
Jamilah Jewellery antara kedai yang disyorkan untuk singgah la. Kenapa? Sebab pelbagai barangan mutiara ,kraftangan dari pelbagai gred boleh didapati disini.
Lot 3 Ground Floor Block H,. Insure Complex P.O.Box 15654,. 88860 Kota Kinabalu, Sabah,. East Malaysia. Tel: (60)088-264551. Fax :(60)088-216551


hasil laut sabah,dataran todak,tempat makan best di Sabah
banyak pilihan untuk menjamu selera

hasil laut sabah,udang besar,lobster sabah,lobster, Tanjung Aru

Hasil laut di Dataran Todak 

Pasar Philipine
Kalau nak cari kelainan sikit boleh jugak singgah disini. Selalunya banyak borong ikan bilis, kuih cincin dan amplang. Kalau dah beli banyak tu suruh diaorang balut dalam kotak siap-siap. Senang nak naik flight nanti. Lain-lain ada juga baju-baju,kraftangan dan juga mutiara.
Ada sedikit yang aku kurang beerkenan disini. Iaitu ada penjual perserorangan yang mengikut kita berjalan dengan membawa barangan beg kulit,rayban, tali-pinggang sambil merayu supaya membeli. Kalau setakat tunjuk tanya mau ka tak ,tak apalah lagi ni siap ikut kita pulak. Inilah benda mencacatkan sedikit disini. Harap ada pemantauan dari pihak berkuasa dalam menangani hal-hal sebegini ok.

kuih cincin,amplang,kuih traditional sabah,cenderahati
Amplang dan kuih cincin yang dibeli di pasar Piliphine


Pulau Manukan , Pulau Sapi  dan Mamutik
Ketiga –tiga pulau ini adalah berdekatan, so terpulanglah nak pergi yang mana satu. Pulau-pulau ini cantik tetapi cantik lagi Sipadan dan Perhentian. Antara ketiga pulau ini Pulau Manukan adalah yang paling popular. Dari zaman dulu lagi aku dah dengar pasal Pulau Manukan ini.
Perjalanan ke Pulau Manukan bermula di Jeti Jesselton Point. Ada pelbagai cara untuk anda ke jeti ini - sama ada pandu sendiri, melalui bas dan juga teksi. Lebih mudah bagi mereka yang duduk di sekitar bandar Kota Kinabalu kerana jalan kaki pun boleh. Jesselton Point terletak berdekatan dengan salah satu pusat beli belah di KK iaitu Suria Sabah Shopping Mall. 
Dipulau ini semua kemudahan asas disediakan, so jangan pusing-pusing ..kedai makan, tandas ,life guard semua ada. Aktiviti utama disini ialah snorkeling.
Sedikit teguran , ketika aku bersnokeling aku terjumpa sampah seperti pecahan botol dan plastik makanan. Harap sesiapa yang ingin pergi ke sana setelah membaca blog ini tolong perihatin dengan alam sekitar. Jangan buang sampah merata-rata. Gunakan tong sampah yang telah disediakan.

manukan island,pulau manukan



beatiful beach at sabah,beautiful island,the island of manukan



Rumah Terbalik dan Jambatan Gantung Tamparuli,Tamparuli
Kalau lalu di Tamparuli bolehla singgah di kedua-dua tempat ini.




rumah terbalik tamparuli,tamparuli,tamparuli sabah
rumah terbalik




jambatan gantung tamparuli,tamparuli,tamparuli legend
jambatan tamparuli yang legend



Poring Hotspring
Lain-lain tempat boleh juga berkunjung ke Poring Hotspring untuk berehat santai bersama keluarga. Berdekatan atau lebih tepat di dalam kawasan Hotspring ini ada juga tempat menarik seperti berikut :
Taman rama-rama
Pusat Pemuliharaan Poring Orkid
Taman Tropika
Canopy Walkaway
Tapak Bunga Rafflesia

Maklumat lanjut :


Akhir kata dari aku , Jemputlah dating eh datang ke Sabah. Maaf aku tulis tunggang-langgang.!


                 
#sabah #kundasang #ranau #bolehbahkalaukau #bombonmarakau #malaysia

4 ulasan:

  1. Sabah memang best rill, aku jatuh hati ngan laut dia, the best wooo

    BalasPadam
  2. wahh syoknyaaa jalan jalan sabah! teringin nak join trip ke sabah tapi asyik busy jeee. haha. honeymoon pun best ni kan :D

    jemput singgah blog ;) https://zaza96.blogspot.my/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...