Halaman

Translate

Sabtu, 3 Januari 2015

Mari Minum Infused Water

Infused water

Selamat Tahun Baru 2015 diucapkan buat pembaca yang singgah disini. Moga-moga tahun ini Malaysia dijauhkan dari segala bencana dan aman makmur hendaknya.

Ok tahu tak apa itu infused water? Ada juga yang memanggilnya sebagai air detox kerana fungsinya membuang toksin dalam badan. Bunyinya ganas sikit so aku prefer panggil infused water lebih sedap dan sesuai rasanya. Bahasa mudahnya ialah air rendaman buah atau sayur/herba. Apa kelebihan minum air ini?


Sebagaimana yang diberitahu diatas ianya dapat membuang toksin dari badan dan juga ianya menyihatkan tubuh badan kerana khasiat yang terdapat dalam buah yang direndam dapat diserap dengan mudah kedalam anggota badan. Sebagaimana yang kita tahu meminum air kosong memang baik untuk kesihatan kita bagaimana pun mungkin ada sesetengah orang yang tak berapa gemar sangat minum air kosong; jadi bolehla minum air yang ada rasa sedikit ini. Ada beberapa kelebihan lagi jika meminum air ini nanti aku terangkan kemudian.


air rendaman buah
timun + lemon + pudina


Cara membuat  infused water

Mudah sahaja sebenarnya, potong halus buah/herba yang dikehendaki kedalam botol/balang air dan isikan dengan air letak kedalam peti sejuk.Siap. Dalam masa 5 jam bolehla diminum air ini. Ada juga yang mengisi dengan ais batu penuh-penuh. Mula-mula aku hairan juga kenapa dibuat begitu, namun setelah dikaji  fahamlah aku tujuannya untuk mempercepatkan lagi proses penyediaannya.Dengan begini dalam masa 2 jam sahaja airnya boleh diminum namum ais kurang elok sikit sebenarnya kalau ikut cakap orang tua-tua tetapi cara ni pun bolehla juga. Jumlah potongan akan mempengaruhi rasa air ini so letak tiga atau empat hirisan pun dah memadai kalau lebih maka pekatla sedikit rasanya.


air buah sedap,detox water,infused_water,kebaikkan meminum air infused water
lemon + delima

Buah-buahan kayu adalah tidak sesuai langsung untuk membuat air ini. Contoh : Langsat, nangka, cempedak,mangga dan sebagainya.

Bahan-bahan yang sesuai adalah seperti: lemon,limau nipis,limau kasturi, oren, tomato,daun pudina,kiwi,blueberries,strawberry,kayu manis,epal dan macam-macam lagi. Paling famous sekali adalah lemon. Buah-buah ini kita boleh gabungkan untuk dapat rasa yang unik.

Lain-lain kelebihan meminum air ini
-Menguruskan badan
-Membuang toksik
-Menyihatkan badan
-Mencegah buasir
-Penawar sakit kepala                                                           
-Menurunkan paras gula
-Menstabilkan suhu badan
-pencernaaan
-pedih ulu hati

Aku masa mula-mula cuma guna lemon jer..hiris 3 hirisan siap.Rasa pun best jugak. Kalau dapat 2-3 orang join buat lagi best..yelah sesetengah buah tu mana ada jual sebijik, kena beli dua tiga biji so ambillah sorang sikit.Botol infused water ada juga dijual dipasar-pasar besar. Bezanya ialah terdapat pembahagian antara buah dan air so apabila minum kita boleh minum tanpa rasa terganggu dengan buah-buahan yang mungkin berebut-rebut nak masuk kedalam mulut kita.Bagaimana pun aku cuma guna bekas air yang sedia ada, yelah malas nak buang duit sangat.

Ok tips kuruskan badan, ambil lemon,limau mandarin dan limau kasturi. Potong beberapa hiris buah ni dan minum. Boleh refill dua kali sahaja..pas tu buang. Nak makan pun boleh buah-buahan ini. Kalau aku, aku buang jer..sebab khasiat dia kita dah minum habiskan.

campuran buah,mixed fruit to drink


Sedikit nasihat..bila minum ni akan kerap ke tandas. So lepas 3 atau 4 hari rehatla selama 2hari dan sambung semula..tujuannya untuk menjaga perut anda ..yelah nanti makin nipis susah pulak kan.

Ok selamat mencuba

air rendaman buah,how to prepare infused water


minat? boleh try tengok ni www.fruitinfusedwater.com

p/s – selamat tahun baru 2015..


7 ulasan:

  1. Bagus untuk pengekalan kandungan air dalam badan dan melancarkan sistem perkumuhan.

    Buah durian boleh juga ke?

    BalasPadam