Bagaimana orang cina berniaga v/s kita

chinese dragon,buka_minda,cara cina berniaga
Credit image :www.naplesnews.com


Bangsa cina dikenali sebagai bangsa yang suka berniaga. Malah diMalaysia banyak perniagaan didominasi oleh bangsa cina ini. Tengok sahaja disekitar tempat anda dalam deretan kedai-kedai ditengah pekan. Siapa yang berniaga disitu? Memang terdapat faktor-faktor sejarah diMalaysia bagaimana mulanya perniagaan bangsa cina disini.Bagaimana pun aku abaikan cerita ini kerana tidak berminat untuk bagitau sejarah mulanya perniagaan bangsa cina kerana ada cerita disebalik cerita sebenarnya.


Pernah pergi kedai runcit orang cina? Pernah pergi kedai runcit orang melayu? Rasa-rasa ada beza tak? Cuba ingat betul-betul..Pernah dengar ungkapan baik pi kedai cina dari kedai melayu, mahal pun berbaloi. Pernah dengarkan? Kenapa ungkapan ini sering kita dengar? Jawapannya ialah servis dan mutu perkhidmatan yang diberi. Sememangnya inilah yang semua orang mau servis dan mutu perkhidmatan yang baik.; sebab itu mahal kot? ‘Menyesal hantar kedai melayu mengecat kereta, catnya entah apa-apa dahla lambat siap pastu warna cepat sebam pulak tu, kalau aku tahu baik hantar kedai cina, mahal pun puas hati.’   Yang ini pun rasanya pernah dengar jugak kan?

So apa kelebihan orang cina berniaga? Jawapannya ialah servis. Semua orang mahu servis terbaik. Untuk harga servis yang baik kita perlulah membayar lebih sedikit. Benar ini adalah realiti. Servis yang baik membuatkan pelangan akan setia kepada penyedia servis tersebut.

Layanan yang baik.

Layanan yang baik juga termasuk dalam kategori servis. Suka tokey muka masam atau muka manis? Kalau korang jawab masam makna korang ada masalah pemikiran, sila jumpa pakar kaunseling untuk rawatan yer.

Cepat bukan beerti cincai’.

 Ini kita kena paham; cepat siap memang cepat dapat duit. Andaikata pelangan melabel kita cincai buat kerja, jawapannya tiada rekomen pelanggan untuk kita. Pernah pergi kekedai servis kereta atau motor, kalau orang kita dia akan kata tunggu kejap sebab nak isap rokok jap, biasanya kita angguk sambil memandang terkulat-kulat. Kalau orang cina pulak beliau akan membuang terus rokok dibibir dan akan mula bertanya apa masalah dan mula mengeluarkan alatan beliau (contoh ini mungkin kurang tepat tetapi biasa berlaku). Disini pun boleh nampak bezanya.

Ambil hati pelanggan.

 Adakah kita (melayu) tidak pandai mengambil hati pelangan? Tidak juga bukan semua sebenarnya. Dalam perniagaan kita mestilah lebihkan ambil hati pelangan. Jum tengok bagaimana peniaga cina mengambil hati pelangan. Seorang ibu dan anak kecil datang kekedai membeli barang. Layanan manis muka adalah wajib. Sambil memilih barang si tokey akan memuji sianak ni comel dan baik.Apa reaksi si ibu? Tentulah seronokkan. Kalau tokey yang  lagi bagus akan bagi gula-gula. Kesan dari perbuatan ini memang hebat,  siibu akan seronok pergi kekedai ini sianak pula akan mengajak ibu untuk singgah kekedai yang sama. Nampak tak? Puji anak ibarat puji emaknya sekali. Bukan time ngorat jer korang nak kena applikasikan time meniaga pun boleh!

Setengah-setengah kedai orang kita bab manis muka ni memang kureng sikit. Tetapi kita tak kisah sangat sebab yang penting nak dapat barang keperluan. Kalau bagi wang baki adakalanya acuh tak acuh aja. Awas benda ini nampak kecil tetapi merbahaya. Pelangan pun manusia juga kalau selalu dibuat bila lama-lama simpan dalam hati tak mustahil akan jadi meluat. Kalau meluat tak mustahil dapat promosi negatif, siapa pula yang rugi? Tengok orang cina pulak, baki wang syiling disusun kemas dan diletak diatas wang kertas lalu dipegang dengan kedua belah tangan, satu pegang hujung kanan satu pegang hujung kiri. Lalu diberi dengan sedikit tunduk (macam orang jepun pulak) dan ungkapan terima kasih. Hebat tak?     

Rendah diri.
Orang cina merendah diri? Betul ka? Mungkin dalam pergaulan sehari-hari susah kita nak percaya. Yang kita nampak adalah gaya berlagak terlebih betulkan? Itu cuma gaya diluar tetapi apabila berurusniaga mereka akan menerapkan sifat rendah diri ini. Tak percaya?
“Hello boss boleh saya bantu” tegur peniaga cina. Kita pun dengan kembang hidung menjawab “aa it’s okay, tengok-tengok sahaja”. Nampak tak? Kan ada unsur rendah diri tu.
“Nak makan apa?” – tanya pelayan kita sambil menghempas kertas catitan ordernya. Kadang-kadang aku pelik juga kenapa nak buat gaya sempoi ala-ala gangster ni. Mesti korang pun pernah pergi kedai-kedai makan yang macam ni. Nak ajak bertumbuk kot?

“abe nak makan apa be?” sambil tersenyum manja. Boleh teka kedai mana? Biasanya kedai Tomyam dimana pelayannya adalah warga melayu-patani. Sejuk hati time kena tanya tu kan. Silap hari bulan terus order siakap tiga rasa. Jadinya disini tak rugi kita merendah diri. Memang anda adalah bos perniagaan anda tetapi tanpa customer  perniagaan anda akan suram. Sebab itu lah kita kena layan pelangan macam mereka ini bos-bos jugak. Kalau yang pijak kepala macamana pulak? Isk takkan itu pun nak tanya..lawan secara berhemah tak perlu bertumbuk dan sebagainya.

Mereka berjaya sebab tiada halal dan haram?

Orang cina berjaya sebab tiada halal haram tak payah fikir banyak tetapi kita kena fikir halal-haram macam mana nak berjaya. Kenapa? Berniaga secara halal tak boleh kaya ke? Kalau tak kaya tak mau meniaga ka? Dalam banyak-banyak halangan berniaga kalau ini ada yang menggangap sebagai halangan maka saranan aku, tak usah berbusiness lah baik pergi kerja dengan sesiapa yang anda suka. Ini pemikiran yang dangkal. Banyak jutawan yang mengusahakan perniagaan halal masa kini, berjaya jugak.

Disiplin
Dalam apa jua lapangan sekalipun, tiada disiplin beerti tiada kejayaan menyusul. Begitu juga dalam perniagaan. Kita kadang-kadang hairan bila sesetengah kedai orang cina hanya tutup dua atau tiga hari sahaja apabila menyambut Tahun Baru Cina. Kalau orang kita silap-silap sampai dua minggu tutup kedai bila menyambut Hari Raya. Pada pandangan aku, ini adalah disiplin perniagaan mereka tak boleh tutup lama-lama nanti pelanggan lari..Adakah orang melayu tidak disiplin apabila berniaga? Hanya segelintir sahaja, tidak semua; ini cuma perangai individu itu sendiri.
Orang kita bila Hari Raya tutup kedainya agak lama;adakah ini salah? Sebenarnya tidak salah, yelah setahun sekali hendak berkumpul sesama keluargakan. Hubungan kekeluargaan bagi orang Asia merupakan satu value yang amat diutamakan berbanding dengan orang Eropah.Cuma dari sudut perniagaan adalah sedikit kerugian dimana pelanggan boleh bertukar selera atau kata lainnya berubah hati. Setiap perayaan nak kena tutup lama, ini yang pelik dengan peniaga-peniaga makanan oang kita ini. Kot ye pun nak rehat time cuti umum rasanya memadailah satu hari.Kalau Hari Raya bolehla diterima tetapi kalau Hari Krismas (Cristmas) pun nak cuti sampai seminggu tu, Deepavali pun tutup seminggu memang lebih sudu daripada kuah la you..

Kesimpulan/Penutup

Orang cina memang mempunyai budaya berniaga mereka yang tersendiri. Kualiti servis yang baik menyebabkan mereka menjadi pilihan pelanggan. Artikel ini hanya sekadar perbandingan perniagaan yang mana elok kita boleh ambil pakai, yang mana buruk kita baiki.


Selamat Maju Jaya

Ulasan

  1. Puteri rasa tak kiralah bangsa apa sekalipun, kalau nak berniaga tu kena betul caranya. Kena komited pada bisnes biarpun kita ni bos. Lagipun kalau pelanggan puas hati dengan servis tak kiralah kedai runcit ke, jual baju ke, repair motor ke, kita juga yang puas hati kan. Kerana secara tak langsung, pelanggan juga adalah iklan percuma yang mampu menaikkan bisnes kita.

    BalasPadam
  2. apa yg BM tulis semua nye betul. apalah nak disombongkan.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Tingkah lalu kena jaga itu pun penting dan juga ilmu perniagaan

      Padam
  4. Memang diakui cara berniaga cina memang mantap berbanding melayu. Tapi ada juga melayu yang mantap dalam perniagaan merangkumi semua di atas. Bukan senang nak berniaga kena bersedia dari mental dan fizikal. Penat tak terkata.

    BalasPadam
  5. banyak yang kita kena belajar dari diaorang. trend sekarang ramai juga orang kita dah ikut jejak langkah diaorang.

    BalasPadam
  6. sikap mereka yang membawa banyak kejayaan!

    BalasPadam
  7. Terima kasih untuk perkongsian .. btl 2.. dl ape2 bidang pun disiplin 2 penting . . .

    BalasPadam
  8. jujur...servis bagus..barang harga berpatutan....sure aku datang..tak kira bangsa apa pun..

    BalasPadam
  9. Cina dulu2 ok. Cina Skang banyak kaki kencing.

    BalasPadam
  10. Cina skrg berniaga suka block supplayer persaing....jd produck x dpt supply....jd jd brg x dpt di ordar

    BalasPadam
  11. 15 yahun aku berniaga hp,dari berniaga hp xde kedai(duduk hari2 kat kedai mamak,bawak beg,topup bateri nokia sony ericson charger segala bagai,sampai labukak 6 kedai hp,bagi aku,org cina sbnrnya takde lah kalut nak busuk hati,dorg dengki2 pun bkn pasal kaum tapi bersaing bisnes wlpun sesama cina,kedai org jual rm 10,kita try jual rm 8,org jual 8,kita jual 5..boleh hidup jugak...byk la kalau aku nak citer..tapi malas pulak.haha

    BalasPadam

Catat Ulasan