Halaman

Translate

Jumaat, 9 Mei 2014

Projek lebuhraya Glow in the Dark?

glow in the dark highway, lebuhraya_dalam_gelap,hantu_lebuhraya
Ilustrasi Roosegaarde Studio

Projek lebuhraya Glow in the Dark ini sedang diuji di Belanda (Netherland) pada akhir April 2014.Projek Lebuhraya Smart  ini merupakan kerjasama antara artis interaktif Daan Roosegaarde  dari Studio Roosegaarde dan Heijmans , sebuah firma kejuruteraan awam di Belanda dalam usaha untuk mewujudkan lebuh raya lebih mampan dan interaktif.

Ianya dikatakan dapat membantu mereka yang mempunyai tahap penglihatan yang rendah. Salah satu kemungkinan lagi ialah tiada tiang elektrik (mungkin) diperlukan dikiri kanan jalan dari segi kos elektrik ianya dapat dijimatkan.

Kajian sedang dijalankan dari segi ketahanan cat yang melibatkan cuaca, contohnya kalau salji turun jadi macamana pada cat itu? Kalau panas melampau boleh tahan tak? Ianya juga dikaji dari sudut kesesuaian dan keselamatan. Adakah cat itu mengeluarkan toksin yang berbahaya dalam keadaan cuaca tertentu menjadi asas kajian pihak terbabit. Kos kajian dan penyelenggaraan ini dikatakan sangat tinggi.

Kos kajian dan penyelenggaraan ini dikatakan sangat tinggi

Satu projek yang sama telah dilancarkan oleh UK landskap syarikat Pro- TEQ pada bulan October lalu. semburan  STARPATH (semburan glow in the dark) digunakan untuk kaki lima dan jalan raya , menerangi mereka pada waktu malam untuk menggantikan lampu jalan. Ia sudah dapat dilihat di Pieces Kristus, taman popular berhampiran Majlis Bandaraya Cambridge.

Kemungkinan kejayaan projek ini tidak dapat dipastikan buat masa ini bagaimana pun melihat kepesatan teknologi yang ada ianya adalah tidak mustahil pada masa akan datang.

Maklumat lanjut boleh baca disini :



12 ulasan:

  1. mungkin dalam kajian ketahanan supaya boleh bertahan lama, bertahan lama kos penyelenggaran mungkin minimun.

    BalasPadam
  2. menarik juga idea lebuhraya glow in the dark ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mata kucing pun glow in the dark juga tau

      Padam
  3. Memang terbaik la projek sebegini untuk pengguna yang rabun macam zumal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. entahla baik ka tak...dah buat baru kita tahu kan

      Padam
  4. Idea memang menarik tapi kena teliti dahulu. Takut kemungkinan lain yang buruk mungkin wujud.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takut hantu pulak yg byk...he he

      Padam
  5. Assalamualaikum. Jemput singgah blogwalking di http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info vitamin dan suplemen produk kesihatan Shaklee

    BalasPadam
  6. wahh bestnya glow in the dark tuuu....nampak la jugak dari gelap nanti kan....

    BalasPadam