Halaman

Translate

Khamis, 15 Mei 2014

Hotspring Sungkai, Perak (air panas)

HOTSPRING SUNGKAI, PERAK

Baru-baru ini aku telah singgah di Sungkai, Perak. Lokasi yang dipilih ialah Hotspring Sungkai Felda Klah. Sebenarnya dah lama aku teringin nak pergi kesini. Dah banyak kali aku belek-belek website dan blog-blog yang ada. Rupa-rupanya ada beberapa blogger terkenal telah merakam kenangan mereka disini. Akhirnya aku sampai juga walaupun tidak bermalam disitu kerana nama pun singgah je kan.


Sampai je aku pun terus membeli tiket dan dimaklumkan kolam air sejuk tutup yang buka air panas je. Aku pun takla kisah sangat yelah takkan dah jalan jauh-jauh tak nak masuk pulak. Dari pintu masuk aku naik tram untuk masuk kedalam. Aku berbual sekejap dengan pemandu tram dan katanya ramai yang tak jadi masuk hari tu sebab kolam air sejuk tutup. Airnya adalah dari gunung memang sejuk katanya. Erm best sangat ka kolam tu tertanya-tanya jugala dalam hati ini.


Apa pun aku malas nak tulis panjang-panjang..jum layan gambar dulu.

aktiviti_merebus_telur_di_sungkai,merebus_telus,rebus telur

Aktiviti merebus telur antara yang menjadi tarikkan



Sungkai hotspring,Sungkai_hotspring,kolam_air_panas_hotspring

Kolam air panas 



hotspring_sungkai,dimana_kolam_air_panas_sungkai?

Air panas bertingkat



walls_aiskrim,walls_aiskrim_sungkai,walls_ice-cream_sungakai

Gerai aiskrim


air panas sungkai,air sejuk gunung sungkai

Awas..sangat panas 100 darjah celcius



kolam_air_sejuk_sungkai,air_gunung_sungkai,sungkai perak
Kolam air sejuk (air gunung)


air_sejuk_di_sungkai_perak,dimana_letaknya_sungkai

Kolam air sejuk (air gunung)



Kolam persendirian sungkai

Private Jakuzi untuk disewa, boleh lepak dengan keluarga



taman terapi sungkai

Taman Terapi



theraphy road sungkai,sungkai_perak

Jalan diatas laluan terapi bersama air panas



sungkai maps

Peta Hotspring Sungkai 

Kalau diikutkan pemerhatian aku, kolam air sejuk (air gunung) memag tampak gah, patutla ianya menjadi pilihan utama disini. Jangan bawa makanan; kalau tak kena spotcheck takpela. Waktu aku masuk tempohari tak kena pun; mungkin sebab orang sikit kalau ramai mungkin mereka tak benarkan sebab kebarangkalian sampah untuk bersepah-sepah itu tinggi. 


Macamana hendak kesana?

Masuk highway PLUS keluar disusur keluar Sungkai, ambil simpang kiri-kiri kira-kira 2 kilometer ada simpang lagi sebelah kiri, masuk situ dalam 9 kilometer sampailah ke destinasi.

Penginapan: 

Sepanjang jalan ada banyak banner homestay yang ditawarkan disitu. Kalau nak buat tempahan awal cari jelah dalam website/blog tentang homestay disitu memang banyak. Pihak Felda sendiri ada hotel yang menyediakan bilik untuk ditempah. Boleh juga menempah villa (ada private jacuzzi tau) kalau mahu.

Harga tiket masuk:

Dewasa : RM12
Kanak-kanak : RM10
Warga emas :  RM7
OKU : RM2

Boleh lawat website felda ini untuk maklumat lanjut : 


Lain-lain pertanyaan: 

 FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS
35600 Sungkai, Perak, Malaysia
Tel: +605 438 8801 / +605 438 8803
Fax: +605 438 8805

KUALA LUMPUR SALES OFFICE
Felda Travel Sdn Bhd
No. 2, Jalan Maktab 6, Anjung Felda
54000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: (6)03-2697 9772
Fax: (6)03-2694 5104


Selamat bercuti!!

16 ulasan:

  1. nampak menarik hotspring ni :)

    BalasPadam
  2. sampai 100'c, mendidih tu, kolam air sejuk tu best berendam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada kesempatan berendam dlm kolam air sejuk..tutup tempohari

      Padam
  3. pernah ke Sungkai,namun x pernah lagi sampai sini..nampak cantik tempat ni...
    Oh ya...ini blog baru ke...rasanya dulu blog lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog sama mungkin environment lain kot..

      Padam
  4. skrang ttup lgi ke kolam air sejuk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempohari tutup untuk dicuci kolam..sekali sekala sahaja ianya ditutup untuk tujuan ini

      Padam
  5. Jgn lupa singgah makan nasi buluh, sg klah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah nnt bila bila saya singgah... Kat mana lokasi tempat tu?

      Padam