100 peluangtercipta – inspirasi blog

100 peluangtercipta – inspirasi blog

Assalamualaikum salam satu dunia, bertemu lagi..
Dalam episod yang lalu..aku  telah ditemuramah oleh diri aku sendiri untuk pengenalan diri aku dan juga blog.
Kali ini tiada wartawan yang nak interview so aku kena taipla apa yang aku nak cerita kat korang.

Inspirasi Blog

Fatin Liyana – aku tak kenal kalau aku tak buat blog. Aku pernah dengar dalam TV blog yang paling popular masa itu hanya menceritakan kisah hidupnya (lifestyles). Bila aku buat blog seorang kawan aku bertanya kenal Fatin Liyana? Barulah aku search tengok.. wah celebrity blogger rupanya.

Hanis Zalikha – kawan aku menyebut lagi satu nama – Hanis Zalikha – ini belog saya – ehh sape plak ni. Aku search lagi…wah seorang lagi celebrity blogger..tetapi macam familiar..ooo ada berlakon dan rupa-rupanya aku dan dia adalah friend dalam facebook!

Ben Ashaari – hmm..mamat mana pulak ni? Ada sangkut paut dengan geng2 Al-Arqam ker ? (Jangan mare ha). Aku terlihat profile beliau (tak ingat fan page ke personal ) dalam FB yang mempunyai ribuan friend (kawan). Aku tertanya sendiri sapa mamat ni artis ke penulis novel yang sangat terkenal? Bila dah ada blog dah aku pun dah reti blogwalking sikit2  barulah aku tahu siapa mamat Ben ni. Otai Blogger rupanya.

Beautifulnara – ni apa benda plak ni. Disebabkan suatu kontroversi  nama ini wujud pada aku. Aku pun tengok gitu-gitu jela web beautifulnara.com ini. Ooo kisah2 celebrity rupanya dan nama pemilik laman ni sentiasa dipuji dan disebut oleh bro Denaihati dan laman beautifulnara ni dikunjungi  ribuan orang rupanya dalam sehari.

Denaihati.com – blog ini wajib dikunjung oleh aku. Tiada siapa yang kenalkan aku dengan blog ini. Aku sendiri yang jumpa ketika tangan aku gatal dengan mouse (tetikus). Sebelum aku buat blog aku pernah selisih dengan blog ini dan aku terbaca satu komen dari pembaca blog ini “ info yang diberi amat menyenangkan dan tuan DH adalah seorang  merendah diri dan mesra dengan para pembacanya..” lebih kurang gitu le ayatnya. Bila aku baca komen macam tu dalam hati aku berkata oo mesti sempoi ni kalau tak takkan ada puji sampai macam tu. Masa blog aku dah sempurna siap aku teringat balik DH ni tetapi aku dah lupa nama blognya. So aku cari semula..yes jumpa balik. Bila semak2 ..wah best blog of the blog award? OO  otai rupanya…

Man – siapa ni? Orang yang aku tak kenal. Orang pertama yang aku tak kenal yang meng-follow blog aku. Aku pun pi la tengok..eh eh template sama dengan aku(sekarang dah lain dah). Beliau bukanlah blogger terkenal tetapi aku sentiasa ingat nama beliau. Terima kasih Man sebab Man sebenarnya pencetus inspirasi aku jugak sebenarnya.


Dan buat follower-follower yang lain terima kasih, terima kasih dan terima kasih tak terhingga kerana sudi membaca hasil karya aku selama ini….




Ulasan

  1. Blogger yang dituliskan diatas memang tidak asing dalam dunia blogger dan sangat dikenali dalam dunia blogger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang benar saudara bahrain..kalau x buat blog mungkin saya x kenal

      Padam
  2. uik kenapa nama puteri tadi. Boleh merajuk macam ni...haha. Gurau je :)

    Yang tersenarai tu memang femes-femes belaka..puteri pun kenal mereka selepas mula berblog. Dalam yang tersenarai..yang pertama puteri kenal adalah bro ben ashaari sebab masa mula berblog dulu puteri rajin sertai segmen anjuran beliau. Dari situlah dapat kumpul follower dan kenal rakan-rakan blogger yang lain

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Ooo camtu...tima Kasih sbb sudi berkongsi cerita

      Padam
  4. terima kasih selalu berkunjung ke DH tu. kenalkanlah man tu pada kawan-kawan...heee

    BalasPadam
  5. saya masa mula2 blog satu blog pon saya tak kenal...saya kenal sorang je memang kawan dari sekolah...kemudian kawan rapat lain muncul...bagi saya kawan2 rapat la menjadi sumber inspirasi...kemudian baru tau blogger famous lain...hehehe

    terima kasih juga kat tuan blog ni juga kerana sudi follow back dan jadi kawan blogger ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye sama-sama...awak merupakan antara yang terawal follow saya

      Padam
  6. memang ada dengar gak sebelum akak menjadi blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum jadi blogger pun dah dengar ye...Memang aktif la akak ni ye

      Padam
  7. Blogger kat atas nie memang famous dan dah ada follower tetap yang akan selalu terjah blog diorang untuk tahu perkembangan dan update terbaru dekat blog.

    Bestnya kalau dah ada follower yang tetap. Sentiasa ada aliran traffik yang menarik dalam blog kita. Btw, terima kasih berkongsi! =)

    BalasPadam

Catat Ulasan