Halaman

Translate

Isnin, 21 April 2014

100 Peluangtercipta@peluangtercipta.blogspot.com

#100 peluangtercipta

Assalamualaikum..salam satu dunia..

Entri ini adalah entri yang ke-100 buat aku. So aku akan bercerita panjang lebar sikit, mungkin ada yang akan terlena dibuai mimpi membaca karangan aku ini. Apa yang hendak aku paparkan adalah berkisar tentang aku dan dunia blogging dan ianya adalah bersiri..he he
Mari  bersoal jawab..

Soalan 1 – siapakah weschairs? Adakah ini nama sebenar anda?

Jawapan – weschairs ini adalah nama pena yang aku gunakan dialam maya ini. Nama weschairs ini telah wujud sewaktu zaman MIRC tengah famous dulu.  Inilah nickname yang aku gunakan.Kalau nak citer lebih lanjut akan jadi panjang pulak jawapan aku ini. Jadi kesimpulannya ianya bukan nama sebenar.

Soalan 2 – jadi siapa nama sebenar anda?
Jawapan – nama sebenar…err..gagap juga aku nak jawab ni..nama aku agak panjang dan bagi setengah-setengah orang ianya adalah ganjil dan keganjilan ini mengundang pertanyaan dan pertanyaan kadangkala merimaskan aku pulak. .boleh panggil aku Shahril cukupla,ini yang dipanggil kaum-keluarga..walaupun kengkawan memanggil aku dengan nama yang lagi satu.

Soalan 3 – Kenapa buat blog? Best sangat ke?

Jawapan – aku pernah melihat dalam kaca TV seorang OKU yang obsess dengan blog hingga menimbulkan tanda-tanya buat aku. Best ker? Dari situ pun aku menanam minat aku untuk mencuba membina blog aku sendiri. Kalau nak tau sebab musabab yang lebih terperinci boleh baca di www baca di SINI. Ini entri lama aku; aku dah citer sikit dulu.

Soalan 4 – Pencapaian blog anda?

Jawapan – wah pendeknya  soalan ye. Okay, alhamdullilah bolehla. Aku pernah dapat tiket percuma bernilai rm 186 untuk artikel yang aku terbitkan.Dapat jemputan dari nuffnang untuk seminar 2hari satu malam di rumah panjang Awana Genting bertemu blogger2 hebat(aku x pergi sebab aku sibuk menghabiskan tiket percuma yang aku dapat)  Satu pencapaian yang menggembirakan aku juga waktu itu walaupun usia blog tidak sampai setahun pun pada masa itu. Dalam contest iPhone 5 anjuran Denaihati.com yang aku join pencapaian SEO dikalangan 85 peserta aku telah mendapat tempat ke-12. Ini pun membanggakan aku juga seorang peserta berstatus PR-0..heheh.

Soalan 5 – selain dari itu ada lagi tak yang boleh anda banggakan.

Jawapan – ada. Tetapi ini bukanlah pencapaian bagaimanapun boleh dikatakan menggembirakan hati aku jugakla.

Soalan 6 – teruskan..

Jawapan – baiklah. contohnya SWIFT CODE, korang tahu tak? Suatu ketika dulu aku mengalami kepayahan untuk membuat pemindahan wang dari  luar negara ke akaun bank diMalaysia. Setiap bank mempunyai kod nya tersendiri. Punya lah susah nak cari..jadi aku abadikan kod kod ini kedalam blog aku.Jadi bila ada yang menggunakan data yang diambil dari blog aku tentulah aku gembira. Lagi satu bila ada yang mohon untuk share info, memang aku tak kisah dan aku lagi suka. Contohnya info TERAPI WARNA, ianya memang karya original aku ketika aku menghadiri kursus Stress Management dulu. Bab-bab ilmu ini tak bolehla aku nak kedekut, betui tak.

Soalan 7 – status anda bujang atau suami orang?

Jawapan – isskh baru nak tanya? Apa punya soalan ini.

Soalans 8 – err jawapan anda..

Jawapan – seorang suami yang penyayang…he he

Soalan 9 – terima kasih kerana beri kerjasama dan share sedikit info dengan para pembaca
Jawapan – yelah


-tamat satu episod ….bersambung….. 


100 peluangtercipta
jumpa lagi..

10 ulasan:

  1. gambar bawah tu gambar bro kot...tunggu episod seterusnya nanti...heeee

    BalasPadam
  2. Bagus bro. Rajin tulis blog ada jgk pekdahnya. Mudah tulis blog yg santai dan berinformasi ni. Org suka baca. Tak sama ngan tulis artikel2 yg berat2. Nk tulis makan masa sbb nk perah idea. Dah tu org malas nk baca sebab isi kandungan buat sakit kepala

    BalasPadam
  3. wah ada entri memperkenalkan diri yer...hehe. ok puteri tunggu sambungannya :)

    BalasPadam
  4. Salam Perkenalan. Pertama kali singgah sini, kebetulan entri tentang pengenalan diri. Dapat tahu terus owner ni seorang misteri gak...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye terima Kasih sudi singgah..xder la misteri sangat..salam perkenalan jugak dari saya

      Padam