Tayar dan alignment


sport rim murah,harga alignment,alignment tayar kereta,tayar dan alignment

Pernah tukar tayar kereta? Kalau pakai kereta mestilah pernahkan..Bulan lepas aku ke kedai tayar dan tentulah nak tukar tayar. Sedang aku berehat sementara tunggu tayar aku siap dipasang, datang mamat (bukan mamat khalid yer) yang tukar tayar aku tadi. "Bang tayar mau buat alignment ka?" Cuba teka apa aku jawab? ...."mau" (mestilah mau betui tak?)..sambung mamat tadi " alignment kalau buat dua belas ringgit" cuba teka apa aku jawab...."ok" (mestilah ok betui tak?)

Persoalannya disini, kalau pembaca sendiri bagaimana? Mesti jawab sama dengan aku jugakkan? Yelah takkan nak bawak kereta dengan tayar dalam keaadan gelong pulakkan. Kalau dah tukar tayar memang kena buat alignment, betul tak? Ibarat order mee rebus kemudian ditanya samada camca dan garfu hendak atau tidak..nampakkan?

Bukannya aku marah kena tambah dua belas ringgit, tidak! Aku sebenarnya memang dah jangka akan kena bayaran alignment.Aku mempunyai dua pandangan dalam bab ini, sepatutnya tiada bayaran alignment dikenakan untuk mereka yang menukar tayar apatah lagi sportrim. Pandangan kedua kalau tak boleh bagi percuma, biarlah separuh je bayaran dikenakan iaitu enam ringgit adalah memadai memandang mereka juga telah untung apabila kita membeli tayar.

Ini bukanlah artikel marah-marah tetapi sekadar berkongsi cerita dan pengalaman.Kalau tauke-tauke kedai tayar membaca artikel ini mungkin boleh mempertimbangkan cadangan ini.Terima kasih sebab sudi membaca artikel aku yang simple bangat ini..

Sampai berjumpa lagi..


*alignment = penjajaran

*sibuk bercuti baru-baru ini  :)


Ulasan

  1. sepatutunya tak perlu tanya nak buat alignment kan...sebab memang kena buat pun :)

    BalasPadam
  2. kebanyakan tauke kedai tayar ni cina. Jarang org cina nk baca blog org melayu ni. Apa kata lps ni hg tulis dalam bahasa cina pulak?

    BalasPadam
  3. bisnis strategi diaorang agaknya, tapi kira murah ni buat alignment RM12.

    BalasPadam
  4. dah memang sejak azali lagi macamtu..haha.nak tak nak kena juga bayar.

    BalasPadam

Catat Ulasan