Halaman

Translate

Isnin, 6 Januari 2014

Fitnah dibawa facebook

Fitnah dalam Facebook!

Assalamualaikum dan salam satu dunia,

Kalau tengok tajuk pun mesti korang dah dapat idea apa benda yang aku nak cerita. Yelah pada tahun lepas sahaja aku dapati banyak berita yang tidak sahih tetapi cepat benar disebarkan. Salah siapa? Pada mereka yang memulakan cerita mungkin ada motif tertentu seperti dendam atau strategi menjatuhkan perniagaan atau reputasi seseorang. Pada blogger pula kenapa cepat sangat percaya?
facebook malaysia


Menjadi lumrah barangkali untuk mensensasikan cerita-cerita begini yelah mudah dapat traffic sebab ramai yang ingin tahu. Kalau terbukti tak benar buat pulak lagi satu entri menafikan balik, senang je kan. Oklah aku bukan nak membebel  atau memburukkan mana-mana blogger atau pembaca. Inilah era baru dimana tanpa berjumpa bomoh (aku langsung tak percaya bomoh pun) pun kita boleh jatuhkan siapa-siapa. Tulis maklumat elok-elok serta letak fakta tipu dan gambar sedikit sudah cukup untuk menjatuhkan sesiapa. Sememangnya strategi begini akan berjaya apatah lagi ianya disebarkan pula melalui facebook.

Sememangnya kita susah nak mengenalpasti samada ianya benar atau palsu berita tersebut dan kebiasaannya kita akan menggangap semestinya benar, kalau tipu buat pe nak letak dalam facebook kan? Antara yang cerita yang famous ialah air mineral spritzer yang kononnya sumber airnya adalah berdekatan dengan jirat cina dan airnya telah tercemar. Bagi anda yang masih ragu-ragu buanglah keraguan anda kerana ianya tidak benar sama sekali. Spritzer tidak menggunakan telaga terbuka sebaliknya telaga tiub yang dihubungkan terus ke sumber air bawah tanah dan kualiti airnya sentiasa dipantau oleh jabatan kerajaan yang terlibat dan letaknya telaga ini adalah jauh dari jirat cina yang dimaksudkan.

Satu lagi kisah ialah isu tulisan insyaallah dan In Sha allah. Tidak boleh tulis insyaallah tetapi kena tulis in sha allah dengan menyertakan gambar seorang ustaz untuk menambah keyakinan. Kalau tulis insyaallah bererti mencipta Allah atau buat Allah jadi kena tulis in sha Allah. Aku bertanya pada rakan aku yang sharekan maklumat ini dan beliau dengan penuh yakin cuba menyakinkan aku walaupun aku memberitahu bunyinya tetap sama tiada beza pun. Mujur ada yang bertanya kepada penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus untuk kepastian dan beliau telah menjawab dengan penuh detail. Maka video Ustaz Ahar Idrus ini aku tag kan kepada rakan aku dan beliau mengucapkan terima kasih kembali. Bukanlah aku nak berbangga dengan peristiwa ini, tidak tidak..aku percaya ada pihak yang telah silap taksir ejaaan rumi dan arab lantas telah membuat kesilapan ini. Kepada para pembaca tiada masalah nak tulis insyaallah atau in sha allah kerana maknanya tidak berubah sama sekali.Banyak lagi fitnah-fitnah yang muncul dalam facebook pada tahun lepas dengan motif tersendiri tetapi cukuplah dengan dua contoh yang diberi, yang penting intipati entri ini.

Kesimpulannya , berhati-hati dengan apa yang anda baca..peringatan ini buat kita semua..ingat sharing is caring tetapi kalau silap share boleh dapat dosa sepiring (manala tau kan)…


Wasallam…

Welcome 2014
Visit Malaysia2014

4 ulasan:

  1. takut juga nak share perkara yang tak betul, secara tak lansung boleh dapat dosa yang dishare juga.

    BalasPadam
  2. sebelum nak share papepun dalam blog memang kena pastikan kesahihan citer tu terlebih dahulu..sama juga kalau retweet, tak boleh terus main retweet je.

    BalasPadam