Star Cruise Libra
Teringin bercuti diatas kapal? Mungkin Star Cruise Libra adalah jawapannya. Ok ini adalah kisah benar aku
diatas kapal ini. Percutian aku ini ditaja oleh majikan aku. Kiranya budget
annual dinner kali ini dibuat diatas kapal. Star Cruise Libra ini berlabuh di pelabuhan Swettenham Pulau Pinang. Jumlah bilik tidur yang disediakan adalah
sebanyak 626 bilik. Check in-
bermula seawal 4.30 petang. Selewat-leawatnya sebelum 8.30 malam sebab kapal
besar ini akan mula bergerak tepat jam 9 malam. Check-out 10 pagi. Trip ini
cuma pusing-pusing Pulau Pinang bukan menuju ke Phuket atau kemana-mana. Yang
tu pakej lain yer.
Sambil beratur memasuki kapal boleh layan hiburan dari mereka ini..
Buffet 6 p.m – 9 p.m (Deck9)
Masa makan malam(buffet) bermula dari pukul 6petang hingga 9
malam untuk semua pelanggan kapal. Memang best dan sedap makanan yang
disediakan..semuanya halal. Maaf tiada gambar makanan yang aku ambil, yelah aku
sibuk mengambil macam-macam juadah. Kalau nak cerita apa yang ambil aku pun
segan nak bagitau he he he kang terkejut pulak. So disini aku bagi sedikit
sedikit tips, check in awal sebelum pukul 6. Standby air mineral satu dalam
bilik.Tepat pukul 6 cepat-cepat pergi makan.Bila kenyang balik bilik istirehat
jap dan sembahyang . Pukul 8 lebih pergi semula dan sambung makan balik. Biar perut
kenyang baru best nak ronda-ronda dalam kapal ini. Kalau lapar lepas tu kenala
makan direstoran atas kapal ini, tentulah kena bayar pula.
Hmm..
Entah siapa pulak mereka berdua ni kan?
Tetamu-tetamu kapal
Bilik Tidur
Tentang bilik pula, ikut budget la..tinggi budget lebih
sempoi la biliknya (tiada gambar ye). Pengalaman tidur diatas kapal itu yang
penting. Jangan expect tinggi sangat yer sebab ruang bilik takla sebesar
macamana kita tinggal dihotel-hotel biasa. Bagaimanapun semua kemudahan
lengkap. Ok Tips lagi : bawa
powerbank untuk mengecas handphone anda. Setiap bilik terdapat
televisyen..eh tu pun nak bagitau ke? Rilek jangan marah apa yang menariknya
dalam TV ini terdapat paparan navigasi kapal untuk membolehkan kita mengetahui
kedudukan kapal dan satu saluran CCTV luar kapal membolehkan kita tengok
pemandangan depan kapal ( entahla nampak laut jer..).
Navigasi kapal yang boleh dilihat diskrin TV
Secawan Capuccino dan Mocha sambil layan TV didalam bilik..
Stardust Lounge
(Deck5)
Lepas makan tadi, dalam pukul 9 kita gerak ke Stardust
Lounge ini untuk menyaksikan pertunjukkan dari Eropah. Tarian,nyanyian+sketsa dan sedikit akrobatik
merupakan initpati pertunjukkan ini. Ini pun percuma juga buat semua pengunjung
kapal. Bolehla rehatkan perut tadi. Kalau ngantuk tidur je dalam tu ha ha. Lepas pertunjukkan terpulanglah nak
kemana pun nak berkaroke ke nak makan lagi ke nak berdisko ke ikut suka hati
korangla.Ingat la tuhan sama...
Swimming Pool (Deck9)
Swimming pool terletak diruang atas kapal. Ramai yang suka
lepak kat sini sambil tengok permandangan luar. Disini juga ada live-band
dimana kita boleh sambii baring diatas kerusi kolam renang sambil mendengar
alunan muzik RnB, Pop, Blues dan Kontemporary. Aku lepak juga disini sekejap.
Kawasan Swimming Pool
Pemandangan malam yang diambil dari atas kapal
Blue Lagoon dan
Spices (Deck10)
Apa benda ini. Ok, ini adalah restoran berstatus halal diatas kapal ini,so buat pengunjung
beragama Islam boleh la makan disini atau lepak minum secawan kopi ker.Restoran
ni agak terlindung sikit so kena cari pelan-pelan lagipun Deck10 tak luas mana
so senang nak jumpa.Mula-mula tercari-cari jugak restoran ni, yelah rasa nak
minum secawan kopi la pulak tapi yang nampak adalah 3 kedai minum tidak halal
(bar). Aku cuma singgah tengok-tengok camtu jer lepas balik bilik aku order
secawan cappuccino dan mocha dan 2 ketul biskut.
Makan pagi/ Breakfast
7a.m-9.30a.m (Deck9)
Makan pagi pun best juga. Kepelbagaian menu yang disediakan
pada pendapat aku okla. Aku mengambil sarapan dengan secawan susu segar , roti
canai, sepinggan nasi goreng dan telur serta sedikit buah tembikai susu.
Breakfast ni pun percuma jer buat semua.
Sambil sarapan boleh tengok luar
Lain-lain
Kedai Duty Free (bebas cukai), Klinik, Kasino, Kedai
jamtangan,Kedai beg kulit , gymnasium,bilik
disko, karaoke, bilik jogging, meja ping-pong, pusat urut (massage centre),
Sauna, Jakuzzi, Saloon dan lain-lain. Yang aku tulis tu setakat yang aku
perasan jela.
Bot-bot kecemasan memang banyak ditepi kapal
Macamana hendak
kesana?
Kena pergi Pulau Pinang dulu la yer. Berdekatan dengan bulatan
padang kota lama terdapat kaunter –kaunter jualan tiket . boleh beli disitu
atau pergi terus ke kaunter utama bangunan Swettenham Pier tu. Kalau nak buat
event atas kapal ni kena pergi pejabat Star Cruise la kan kalau tanya yang jaga
kaunter tu dah tentula tak boleh.
Swettenham Pier
Pejabat Star Cruises berdekatan dengan kawasan bank dekat-dekat situ jugakla cuma di lorong yang lain
Lain-lain maklumat atau kalau nak tengok gambar-gambar yang
lagi cantik dari yang aku tunjuk boleh layari laman web yang tertera dibawah:
Maklumat tambahan dan nasihat (nasihat dari aku ler)
1.Sila bersama Kad Pengenalan (IC) atau Passport. Tanpa
mana-mana dokumen tersebut anda tidak dibenarkan menaiki kapal.
2.Bawa ubat-ubat yang diperlukan anda
3.Jangan bawa benda-benda tajam, barangan anda akan
diimbas melalui mesin pengimbas metal
4- Anda dinasihatkan agar tidak menghidupkan telefon anda semasa berada diperairan antarabangsa.
Kadar caj adalah mengikut perantauan antarabangsa. Guna mod penerbangan (flight
mode)
5.Jaga kad akses anda,
jangan tukar dengan sesiapa. Sekiranya anda membeli apa-apa perkhidmatan anda
perlu membayar unutk penukaran kad akses kepada kad pengenalan nanti. (kad
pengenalan diambil dan diganti dengan kad akses sewaktu menaiki kapal)
6. Makanan dan minuman dari luar adalah dilarang. So nak
bawak air mineral pegang siap-siap masa check-in . Air mineral dibenarkan bawa
masuk ok.
7.Bagi yang beragama Islam dinasihatkan agar tidak berjudi – Haram
Komen Terakhir
Aku agak pening-pening sikit semasa diatas kapal ini
ditambah dengan tak cukup tidur sebelum menaiki kapal ini. Tips yang
terakhir : bawalah minyak angin bersama
he he
-jumpa lagi
Salam...memang terbaikla percutian atas superstar libra ni.sesuai utk dijadikan lokasi bercuti bersama keluarga dan berbulan madu...hehe
BalasPadamIkut selerala kan..:)
PadamMenarik gak pengalaman tido atas kapal gini. x cukup 1 mlm tu kot..blom ilang mabuk laut dah kena turun balik. Hehe..
BalasPadamwah! bestnya dapat naik kapal besar gedabak...
BalasPadamPengalaman itula yg best tu
Padamfuyooo..syoknya..macam kat luar negara da
BalasPadamIskh iskh awk yg duduk russia lagi best kot? He he
PadamBestnye... Bila la ada peluang nak bercuti atas kapal nie...
BalasPadamgmbr org kt tepi yg suruh follow blog tu mengganggu ler.ssh nk bc blog
BalasPadamuntungnya... mmg teringin sangat nk bercuti menaiki cruise..
BalasPadamada hati semua jadi.. :)
PadamJom bercuti bersama kami.. Pakage RM599. WhatsApp sy kalau nak yer.. Eima : 012-3457643
PadamSy mencari org utk bercuti di cruise bg memeriahkan event apperance seorang artis baru.
Saya seorang yang mabuk laut..teringin naik kapal tapi takut..Ada rasa macam berombak-ombak tak duduk atas kapal tu..atau macam biasa je..
BalasPadamWalaupun besar ada juga rasa berombak tu...dkt farmasi ada juga jual ubat utk mabuk laut ni
PadamBlh thu x y mne free n berbyar tang makanan tu?
BalasPadamMasa buffet makan malam bermula 6petang dan sarapan pagi.. Kalau x nak boleh order yang bayar di restoran yang lain
BalasPadamSapa yg ada topi starcruise warna hitam tepi line kelabu..kita nk beli la...kasihan adik kita punya dh hilang d matafare 2015..kita pakai tp tertinggal d suatu tmp..
BalasPadamSapa yg ada topi starcruise warna hitam tepi line kelabu..kita nk beli la...kasihan adik kita punya dh hilang d matafare 2015..kita pakai tp tertinggal d suatu tmp..
BalasPadamX dapek nk nolong
PadamX dapek nk nolong
Padamsalam... nak promo sikit. kami ada menawarkan pakej star cruise dengan harga yang murah. layari laman web kami untuk maklumat lanjut.
BalasPadamterima kasih tuan tanah ;)
Berapa kak 12hours distance dlm star cruise libra nie?
BalasPadamAssalamualaikum. Makan di Restoran Blue Lagoon dan Spices semua percuma ke?
BalasPadamBayar.. Kecuali breakfast
PadamSyoknye dapat naik cruise.. Insya Allah giliran kami sekeluarga naik mediterranean cruise tahun depan...
BalasPadambtl la best bercuti sambil buat event sy dan team.seramai 400 org pun merasa 2 kali.atas kapal.layan utk kami.memang class sampai kan team.kami control atas deck yg ada live bank tu buat show trs best gila
BalasPadamTahniah he he
PadamAda x package yg 12jam..dlm malaysia sja..For 2 person...n 1 room
BalasPadamAda rasanya.. Masuk 4ptg check out 12 tghari
Padam