Kenapa Perlu Minum Air Putih Sebaik
Bangun Dari Tidur?
Mesti ada
yang pernah dengar nasihat supaya minum air putih sebaik bangun tidur dengan
alas an dapat membuang toksin atau cuci dalaman badan. Benarkah? Okay berikut
adalah maklumat yang rasanya bagus untuk dikongsi bersama..
Mengimbangi sistem buah pinggang
Tubuh perlu
memiliki air yang cukup untuk menghalang dari terhidrasi dan ini akan
memaksimumkan fungsi tubuh, memastikan tahap cairan seimbang dan mencegah
jangkitan.
Kulit lebih berseri
Air putih
jika kerap diminum dapat membantu menyingkir racun didalam tubuh kita dan
seterusnya menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan dapat membersih racun dalam
darah.
Melansingkan tubuh
Minumlah dua
gelas air apabila bangun dari tidur pada waktu pagi, ianya dapat meningkatkan
metabolism tubuh sebanyak 24 peratus
Membersihkan usus
Apabila minum
ketika perut kosong secara langsung ianya membantu membersihkan usus dan
membuatkannya lebih mudah menyerap nutrisi makanan kemudiannya.
Menambah darah
Jika anda
selalu lesu, pening dan anemia minumlah air putih dengan jumlah yang mencukupi.
Ianya akan membantu tubuh dalam pembentukan sel otot dan membentuk sel darah
yang baru.
-Selamat Mencuba J
(Ruj:Wanita Ogos2013, ms70)
p/s : gambar air putih try tengok kat dapur anda sendiri yer..
Ulasan
Catat Ulasan