Halaman

Translate

Rabu, 2 Oktober 2013

Pulau Dua Negara - Pulau Sebatik


Indonesian and Malaysian Flag

Pulau Sebatik..pernah dengar atau sampai? Bagi penduduk Sabah (Malaysia) terutama dari kawasan Tawau mungkin tidak asing lagi. Dari segi sejarah pulau ini pernah terjadi pertempuran hebat antara tentera Indonesia dan Malaysia sewaktu Konfrantasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1965.

pandangan atas Pulau SebatikMaps of Sebatik Island

Apa yang uniknya Pulau Sebatik ini ialah ianya ditadbir oleh dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dikawasan persempadanan (betul ka ayat aku nih) masing-masing. Populasi penduduknya pula ialah seramai 25,000-Malaysia, 80,000-Indonesia. Masyarakat disini rata-ratanya menampung hidup dengan hasil laut dan pertanian.  Bandar Tawau menjadi Bandar yang popular bagi masyarakat disini untuk membeli barangan harian. Jarak ke Bandar Tawau cuma 15minit berbanding Pulau Nunukan yang mengambil masa 30 minit.
Bila disebut dua negara tentulah mempunyai dua matawang bukan. Ringgit lebih popular berbanding rupiah kerana nilainya yang lebih tinggi.Meskipun kadangkala terdapat isu panas membabitkan pemilikan Pulau Sebatik antara Malaysia dan Indonesia, namun tidak menjejaskan hubungan penduduk pulau dengan masyarakat Tawau kerana asal keturunan yang sama, Bugis.


Sebatik Island Indonesia


Malaysia-Indonesia sebatik border
kiri Malaysia kanan Indonesia

Antara isu popular adalah ketidakseimbangan pembangunan. Wilayah ditadbir  Malaysia dikatakan lebih maju berbanding Indonesia; ini sentiasa menjadi isu bagi penduduk warga Indonesia disana. Maka tuntutan kepada kerajaan Indonesia agar mengimbangi pembangunan di wilayah tadbiran mereka sentiasa timbul. Apapun ceritanya, Pulau Sebatik tetap mempunyai daya tarikkan dan keunikkannya yang tersendiri..


Sebatik Island School

Sekolah di Pulau Sebatik (Indonesia)

Pulau Sebatik
Keluasan 452.2 km persegi
Populasi : Malaysia – 25,000                   
                    Indonesia – 80,000
Koordinat : 4°1002U 117°4702″T




                 


-SELAMAT MEMBACA-

31 ulasan:

  1. ramai juga jumlah penduduk pulau ni, mesti menarik kalau jadi pulau peranginan, masing-masing dua-dua negara dapat manfaatnya.

    BalasPadam
  2. Salam.

    Kenyataan "Sebatik Malaysia dikatakan lebih maju" sebenarnya salah sama sekali. Pihak Indonesia selalu nyatakan kenyataan itu bila mereka bandingkan Sebatik Indonesia dengan Tawau, tapi bukan dengan Sebatik Malaysia. Kita yang sebenarnya terkeliru kerana faktanya, Sebatik sebelah mereka sudah jadi bandar yang lengkap dgn pejabat kerajaan, hotel, bank, supermarket dan klinik kesihatan. Sedangkan Sebatik sebelah Malaysia hanya ada kampung, kebun, warong dan kedai runcit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang benar kenyataan saudara tu...memang Tawau menjadi perbandingan suatu masa dulu..atas desakan ini maka pihak Indonesia telah membangunkan Sebatik Indonesia untuk mengimbanginya, bagaimana pun kebanyakkan hasil bumi masih dijual kepada Malaysia, rekabentuk rumah pun mirip seperti rumah yang terdapat diMalaysia, bahkan gaya bahasa pun tidak berbunyi Indonesia, rancangan TV pun hanya siaran dari Malaysia dan ini akan dibaiki sedikit demi sedikit oleh pihak Indonesia..wasallam

      Padam
    2. sebab kami x nk hilang kn tradisi.x mcm indonesia bnyk orang melayu islam gi club
      bngsa melayu malaysia diiktirah olem muslims of records iaitu bangsa yang pertama yang semuanya islam
      lu ada
      gue ada

      Padam
    3. sebab kami x nk hilang kn tradisi.x mcm indonesia bnyk orang melayu islam gi club
      bngsa melayu malaysia diiktirah olem muslims of records iaitu bangsa yang pertama yang semuanya islam
      lu ada
      gue ada

      Padam
    4. sebab kami x nk hilang kn tradisi.x mcm indonesia bnyk orang melayu islam gi club
      bngsa melayu malaysia diiktirah olem muslims of records iaitu bangsa yang pertama yang semuanya islam
      lu ada
      gue ada

      Padam
  3. Sebatik Malaysia dan Sebatik Indonesia kedua-duanya dihuni suku yang sama, Tidung dan Bugis. Jadi persamaan bahasa dan budayanya sangat jelas. Tak muncul persoalan siapa tiru senibina siapa di sini. Apalagi mereka tinggal dai satu pulau yang sama.

    Hingga ke hari ini, sebahagian besar hasil bumi dari kedua-dua belah pulau baik Sebatik Malaysia, mahupun Sebatik Indonesia, semuanya di hantar ke Tawau. Situ sajalah satu-satunya tempat pengumpulan bahan mentah yang terdekat untuk dicapai memandangkan peranan Tawau sebagai Ibukota residensi. Hendak ke bandar Tarakan, jaraknya 400km.

    Jika kita ke pekan Sebatik sebelah Indonesia, kita dapat lihat (hampir) semua produk yang dijual pasaraya di sana datang dari Malaysia. Mereka mendapatkan bekalan dari Tawau, jadi tak heran RM yang lebih banyak mereka pegang berbanding Rp. Ini hanya faktor kedekatan. Orang Johor pun lebih suka pakai SGD hingga tahun-tahun 90an sebelum kerajaan Malaysia kuatkuasakan larangan memakai matawang asing.

    Orang kita jangan terbuai. Media sana memang suka melebih-lebihkan berita. Ini dilakukan dengan niat. Mereka bijak, mereka mahu tarik perhatian. Lihat sekarang, walau Sebatik Indonesia sudah maju, dan wujud sebuah pekan, mereka tetap dendangkan lagu sedih yang sama. Tetap membandingkan kemajuan Tawau walaupun mereka tahu heirarkinya kedua-daunya tidak sama. Tawau dua tahap lebih tinggi dari Sebatik. Saingan apple to apple (dengan izin) untuk Sebatik Indonesia seharusnya Sebatik Malaysial, tapi sayang Sebatik Malaysia masih tak miliki apa-apa. Ia sama seperti kita membandingkann Johor Bahru dengan Singapura, tentu tak akan sebanding kerana Kota Singapura bertaraf Ibu Negara. sedangkan Johor Bahru hanya Ibu Negeri. Kedua-duanya tak sama heirarki..

    Buat pengetahuan penulis, Sebatik Indonesia hanya bertaraf mukim (di Indonesia dipanggil Kecamatan), maka tarafnya sama seperti Sebatik Malaysia. Tapi Sebatik Indonesia sudah jadi pekan sedangkan jirannya di Malaysia masih berupa kampung. Kenapa? Persoalan ini yang harus kita tanyakan.

    Mungkin penulis kurang info tentang Sebatik Indonesia. Buat pengetahuan penulis, atas kepesatan wilayah mereka, kerajaan Indonesia sekarang sudah setuju menaiktaraf Sebatik Indonesia jadi sebuah daerah. Sebatik Malaysia? Oh, ia kekal bertaraf mukim. Kalau anda ke pekan Sebatik di Indonesia, silakan nikmati kemudahan WiFi percuma. Telkom Indonesia sudahpun melengkap pelayanan maya di sekitar pusat pekan. Jika ke Sebatik Malaysia, tolong hati-hati, takut handphone anda yang tertangkap signal Telkomsel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih diatas komen saudara yg panjang lebar ini...secara jujurnya entri ini bersifat ringkas walaupun inputnya agak banyak..info mengenai Pulau sebatik banyak diterbitkan oleh
      Blogger Indonesia dan amat sedikit dari Malaysia..apapun perhatian anda amatlah dihargai dan sudi sudikanlah untuk menjenguk kesini dari masa ke semasa..

      Padam
    2. Sama-sama. Saya sudah lama mengkaji Sebatik, dan sudah pernah ke sana. Ternyata dapatan saya amat memeranjatkan. Kita terlalu tumpukan Tawau di seberang luat sedangkan wilayah kita di pulau yang sama terlantarkan, padahal Sebatik Kita dihuni 100% bumiputra Islam. Terbitan info tentang Sebatik yang lebih banyak dikeluarkan pihak sana saja sudah membuktikan.

      Padam
  4. first time dengar tentang pulau ini menarik juga ni

    BalasPadam
  5. basar jugak pulaunya..dekat2 dgn sipadan dan ligitan nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seluruh pulau ni seluas Langkawi, tapi dikongsi dua negara, Malaysia dan Indonesia. Jauh dari Sipadan dan Ligitan kira2 250KM. Akses ke Sipadan dan Ligitan lebih dekat dari Semporna berbanding Tawau

      Padam
  6. Assalamualaikum. wahh first time dengar nama pulau ni. heee nice nya! insyallah ada rezeki boleh datang sini :)

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Sebatik? Mungkin link ini dapat jadi pencerahan

    http://ilzafmenulis.blogspot.com/2012/09/pulau-sebatik-hidup-lebih-baik-di.html

    BalasPadam
  9. tak pernah sampai lagi ni huhu

    BalasPadam
  10. Kena ingat Sebatik Malaysia penduduknya kurang banding Sebatik Indonesia. Dan tumpuan mereka pun sama, ke Tawau dan tanah besar Sabah untuk kerja dan pelajaran. Rantau Panjang dan P. Kubor Kelantan pun sama, lebih berupa 'shanty town' berbanding sebelah Thailand. Sebab penduduknya bertumpu ke KB dan KL untuk peluang kerja dsb. Tak payah buat social engineering jika border movement berpihak kepada kita.

    BalasPadam
  11. Halo weschairs!
    Kebetulan Juli 2015 lalu saya sempat ke sana. Ini bisa silakan dibaca ceritanya:

    https://steller.co/s/5cDtxnLaSPV


    _"It's not just about the destination, but the journey"_

    BalasPadam