Halaman

Translate

Sabtu, 7 September 2013

Bacaan Tambahan : Syiah


Kandungan ini sensitif kepada yang tak suka!!

syiah logo's

Kenali dan fahami Syiah

Kebelakangan ini banyak cerita Syiah yang kita dengar walaupun benda ini dah lama wujud malah sangat lama. Pada tahun lepas rakan aku Abdul Rahman (krupkraps) pernah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap pengaruh Syiah ni. Wajah kurang senang juga terpamir diwajah beliau apabila Iran disanjung oleh masyarakat kita dan tanggapan Iran adalah wira dunia Islam. Menurut beliau pengaruh Syiah memang wujud dan berkembang diMalaysia. Aku selalunya akan mengganguk dan mendengar sahaja sebarang komen dan kini atas dasar tanggungjawab maka aku buat satu entri tentang Syiah. Walaupun banyak blogger dah buat tetapi aku buat jugak sebagai penyumbang bahan bacaan yang sedia ada.
Paparan dibawah merupakan suatu perkara perkongsian makumat dari seorang hamba Allah dan gabungan idea aku sendiri. Jum baca..

SIAPAKAH SYI‘AH?

syiah logo



Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain. Mereka juga mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang. Inilah perkarapokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ahImamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah.Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik
oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)


gambar imam syiah
lakaran gambar imam Syiah


"Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan)."

Golongan Syi’ah ini dinamakan Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah kerana akidah utama mereka adalah kepercayaan kepada 12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.

Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an, kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam. Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet,orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya. Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.


ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM

AGAMA SYI‘AH - Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi mengemukakan saturiwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabis.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad,Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)

AGAMA ISLAM - Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selamalamanya;itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah 100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.

AGAMA SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-SifatKenabian Bahkan Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi.

 Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai.” (Khomeini,Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: "Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul". (Al-Hukumah al-Islamiah – hal 52) merekabermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah berfirman: “NabiMuhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab40)

AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi. Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada' ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).

AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan kepadanya mengikutperistiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran al-Karim: "Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi didalam hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu”.(Al-Talaq 12).

AGAMA SYI‘AH - Taqiyyah (Berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dariajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang pentingnya taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh al-Kulaini: Abu Umar al-A'jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu,kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akandihina oleh Allah.” (Al-Kafi jil. 2, hal. 222)

AGAMA ISLAM - Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.” (Riwayat ImamAhmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, as-Suyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)

AGAMA SYI‘AH- Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat Islam sekarangtelah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan: “Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telahsepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.

AGAMA ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat bahawa kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adalah satu kekufuran.

Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah al-Quran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).

AGAMA SYI‘AH - Menghalalkan Nikah Mut'ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam. Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286). Malah perempuan yang ingin dimut`ahkan tidak perlu ditanya samaada isteri orang atau tidak.Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu AsSyiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada Muhammad Al-Baqir berkenaan mut'ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripadaempat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284).


Tidak menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan darikalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu al-Faqih jil.3 hal458)

AGAMA ISLAM - Nikah Mut'ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran di samping
merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selamalamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum Baginda wafat melalui beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung." (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasa’i)


kaabah syiah iran
Kaabah puak syiah..perkataan Ali tertulis diatas sekali


asyura syiah
Mencederakan diri pada hari perayaan Asyura sempena mengingati Hussein


syiah asyura
Sanggupkah anda?



Menjawab Propaganda (Perangkap) Syiah:

Hanya Iran & Syiah mampu melawan Amerika & Zionis. Hakikatnya, Iran & Syiah yang membantu Amerika menakluki Iraq. Presiden Iraq yang beragama Syiah, menyambut mesra Presiden Obama semasa melawat Iraq. Iran juga membantu Amerika menggulingkan Taleban diAfghanistan.

Mereka yang menentang Syiah sebenarnya ingin memecahkan perpaduan dalam Islam. Hakikatnya kaum Syiah yang memecahkan perpaduan dan memporak-perandakan Islam. Contohnya, Presiden Basyar al-Asad yang beragama Syiah membunuh sewenang-wenangnya rakyatnya yang Sunni. Puak Hizbullah menyusup masuk ke Syria untuk sama-sama membantai kaum Sunni dan Iran membekalkan senjata pada Syria.

Al-Quran yang dibaca di Iran adalah sama seperti yang ada pada orang Sunni. Sememangnya Syiah tidak dapat mengemukakan al-Quran yang lain pada masa ini, tetapi Syiah mendakwa dalam kitab mereka bahawa al-Quran yang lengkap dan benar berada di tangan Imam Mahdi yang belum muncul. Sehinggalah Imam Mahdi muncul, kaum Syiah terpaksa menggunakan al-Quran yang sedia ada.

Bagaimana Ajaran Syiah Disebarkan Dalam Masyarakat

1. Menghantar pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta
2. Menaja atau menggalakkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran atau mendapat latihan kemahiran di Iran
3. Mengubah teks kitab-kitab ulama muktabar tanpa disedari seperti meletakkan "a.s." selepas nama Sayyidina Ali
4. Menyiarkan artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan majalah-majalah
5. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam. Unsur-unsur Syiah juga diselitkan dalam
bentuk pemberian cenderamata seperti penanda buku, sampul kad raya, rantai kunci, kalendar dan lain-lain
6. Mendekati dan mempengaruhi penulis-penulis novel / sejarah terutama novelis atau penulis dalam sejarah Islam
7. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam dan menggalakkan hubungan dagang dengan Iran
8. Menyusup masuk dan bergerak aktif di dalam jemaah-jemaah Islam bertujuan mendakyahkan ahli-ahlinya ajaran Syiah
9. Menganjurkan kelas-kelas tahfiz dan melibatkan diri dalam sistem pengajian tersebut
10. Mengedarkan filem-filem propaganda syiah yang antara lain intipati utamanya adalah memburuk-burukkan sahabat Nabi s.a.w.
11. Berkahwin dengan pemuda-pemudi Sunni
12. Bergerak aktif di radio dan tv samaada sebagai penceramah jemputan atau pemanggil. Mereka juga aktif menyebarkan dakyah Syiah di alam siber dan berdebat di forum-forum sunni

Amalan-amalan Syiah yang bertentangan dengan agama dan fitrah manusia(berdasarkan kitab Syiah)
*Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man LaYahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

*Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur,dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)

*Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al Anwar   hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

*Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)

*Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al-Istibsar j. 3 hal. 141)

*Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk,mengacukan kemaluan kepaha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

*Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19 & 20 surah ar-Rahman yang bermaksud:“Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al- Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummijil. 2 hal.345)


kalimah syiah palsu
Lafaz kesaksian Syiah

ayat syiah palsu
Awas kandungan yang mengelirukan dalam buku agama terbitan pengikut Syiah

surat syiah

Terbaru surah al-Ikhlas bertukar jadi surah al- Assad (terjemahan x perlu la kot)


Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:

Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.

Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.

Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah seperti yang berlaku di Syria.

Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.

“Perbualan bersama Amar”
Aku ada berbual tentang perkara ini..banyak pendapat yang diberi. Aku juga ditanya oleh saudara Amar (bukan nama sebenar) tentang Syiah dan aku cuma jawab sekadar yang aku faham. Beliau berkata masalah Syiah memang dah lama, dari zaman para sahabat lagi dan wujud atas rasa simpati kepada Saidina Ali yang ditipu oleh Muawwiyah. Maka mereka merasa wajar mempertahankan Ali r.a . Ujar Amar lagi Yusuf Qardawi ada berkata terdapat mazhab dalam Syiah yang hampir sama dengan Islam cuma berbeza sedikit sahaja (entah ya atau tidak aku pun tak tahu statement ini) jadi secara kesimpulannya Amar berkata: Syiah bukan wujud masa sekarang tetapi sejak zaman para sahabat lagi, waktu itu pun tak dapat selesai apatah lagi sekarang. Apa yang penting ialah menyelesaikan salah paham lampau ini barulah selesai masalah. Ujar beliau lagi berdasarkan pandangan Yusuf Qardawi tadi maka siapalah kita nak menghukum mereka ini SESAT.Cuma pembunuhan yang berlaku sekarang ialah dari mazhab Syiah yang fanatik ini,itu sahaja yang menambah masaalah.. –tamat perbualan- Yang terbaru (laporan akbar) Yusuf Qardawi sendiri mula mengecam Hizbollah yang mana suatu ketika dulu disokong oleh beliau kini beliau menyifatkan Syiah itu ibarat syaitan yang bertopengkan manusia..

Sebenarnya ramai jugak yang berfikiran seperti Amar yang aku jumpa…

“Apa fikiran anda?”

Pandangan aku : aku tidak bersetuju, aku tak nampak apa yang sama kecuali cara pemakaian mereka. Syiah wajar ditolak sebagai pegangan.
Pandangan lain : bagaimana nak hukum mereka ini murtad sedangkan mereka bukannya Islam sama sekali..-ini pun betul jugakkan.
p/s : aku harap dapat membuka mata dan menambah pengetahuan tentang Syiah kepada anda yang membaca..bagaimanapun aku bukanlah orang yang benar2 arif tentang bab ini jika terdapat salah dan silap fakta minta dibetulkan..wassallam..


-perkongsian amat dialu-alukan

11 ulasan:

  1. jadi, adakah org2 berfhmn syiah : murtad as itu agama yg sst.?

    currently blur, request fer an answer.

    BalasPadam
  2. Kalau org islam yg beralih kepada syiah kebarangkalian murtad sudah pasti berlaku..hendaklah segera bertaubat

    BalasPadam
  3. patut awal-awal lagi pihak berkuasa banteras dari sebelum ia berkembang... sekarang ada yang terdiri dikalangan profesional yang berkuasa.

    BalasPadam
  4. Baik cegah sebelum parah...

    BalasPadam
  5. dengarnya semakin ramai pengikut Syiah diM'sia, Alhamdulillah penerangan hal Syiah pun dah makin banyak didedahkan.
    semoga kita semua tak terpengaruh.

    BalasPadam
  6. oooo bahaya klu tidak diterangkan kpd kanak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penguatkuasaan dan pemantauan berterusan yang perlu kita buat dan mencegahnya dari merebak

      Padam