Halaman

Translate

Ahad, 11 Ogos 2013

Sembang kosong selepas raya

SEMBANG KOSONG SELEPAS RAYA
Buzzy bee

Assalamualaikum..

“SELAMAT  HARI RAYA”


ketupat raya


Sebulan berpuasa menahan hawa nafsu, lapar dan dahaga diraikan pada hari raya. Selepas hari raya pasti ada yang pegang kalkulator mengira berapa duit yang habis dan berapa yang tinggal. Kalau tiada kalkulator pegang kepala pun jadilah kan sambil buat kira-kira.Memang lumrah kita akan dengar statement duit habis banyakla, budget larilah dan macam-macam lagi.Seharusnya kita sentiasa beringat untuk menyimpan sedikit untuk digunakan selapas hari raya. Ini bukanlah nasihat tetapi amaran supaya tidak timbul kesusahan selepas ketawa riang ibarat riang-riang..he he..

Ini kali ke-enam aku bekerja dihari raya..pasti ada yang tertanya-tanya, anggota keselamatan ke aku ini? Kalau anggota keselamatan pun takkan sampai enam kali bekerja dihari raya? Telahan anda silap, aku bekerja disebuah syarikat multi-nasional yang kaya raya. Adakah raya sudah jadi tidak penting pada aku? Kalau itu telahan anda, silap juga..RAYA SANGAT PENTING..aku tidak pernah menidakkan kepentingan beraya ini..yelah time inilah nak makan puas-puas kan he he time nilah nak jumpa sepupu-sepapat yang lama tak jumpakan.Time inilah kita akan menziarahi kubur tak kira lah kubur arwah ayah, arwah tok atau arwah ibu..time inilah baru kita akan jejak kaki dan mengingati pencipta manusia itu sendiri.

Bagi yang mula bersekolah cerita tentang raya pasti berminggu-minggu tak habis. Yang mana kuih banyak akan mula dikongsi berhari-hari disekolah mahupun ditempat kerja. Macam mana korang pulak? Habis dah ke kuih tu?


kuih raya terbaik


Entri Pantun Lawak Hari Raya 2013 aku mendapat hits yang sangat tinggi..alhamdullilah gembira jugala hati den ni..yelah boleh pecah otak tau nak cari idea.Sesiapa yang baca entri aku tuh terima kasih banyak-banyak, sokongan anda amat dihargai. Korang jangan marah pulak baca entri aku ini, nama pun sembang kosongkan??Kan?? InsyaALLAH tahun depan aku nak cuti puas-puas he he….


p/s: maaf gambar kurang menarik..

6 ulasan:

  1. Thumbs up utk mereka yg bekerja di hari raya..bukan semua yg sanggup..ada yg dh dpt cuti terus sambung lg seminggu dua..apa pun bila dah meraikan aidilfitri ni jgnlah main mercun sampai tk ingat dunia fikirkan hati perasaan jiran..selamat hari raya&maaf zahir batin.

    BalasPadam
  2. selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin :)

    BalasPadam
  3. banyak pengalaman bro tak beraya dikampung ni...selamat hari raya dan maaf zahir batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Er..xpa dah biasa...selamat hari raya kembali..

      Padam