Bunga Sedap Malam


Bunga Sedap Malam
Bunga Sedap Malam…pernah tengok? Ok tengok dulu gambar dibawah:




Bunga Sedap Malam


Hmm..mungkin ada yang tengah confius ni.. ok la namanya Sedap Malam kalau di Indonesia, di Malaysia dipanggil Harum Sundal Malam @ Sundal Malam. Okay pernah dengarkan, ini pun sebab citer Pontianak Harum Sundal karya Shuhaimi Baba. Aku bukannya minat sangat dengan filem tu tetapi dalam filem tu bunga Sundal Malam  ni banyak digunakan tak taula para pembaca ada perasan atau tak. Disetengah tempat ia juga dikenali dengan nama Sri Pekan.
Bunga Harum Sundal MalamBunga Sri Pekan

Aku sengaja letak tajuk Bunga Sedap Malam berbanding Sundal Malam kerana aku rasa lebih misteri sebab nama Harum Sundal Malam ni dah biasa didengari diMalaysia. Okay sedikit info dulu :

Nama saintifiknya Polianthes tuberosa. Kalau ikut Wikipedia bahasa melayu bunga ini dikatakan berasal dari Amerika Selatan. Aku meragui sikit tentang ini..rasanya tak. Apa yang dipaparkan di Wikipedia bahasa melayu tu adalah sumbangan maklumat dari orang ramai.Maklumat ini adalah salah dan aku mempunyai sebab untuk mengatakan demikian; menurut ahli botani bunga ini berasal dari Malaysia dan Filipina dan pendapat peribadi aku ianya berasal dari Asia Tenggara melibatkan juga Indonesia, Thailand dan Myanmar. (kalau aku keluarkan hujah bertambah panjang pulak entri ini, nak percaya atau tidak terpulang). Bunga ini mempunyai banyak nama diseluruh dunia Rajnigandha atau Ratnikirani di India, Gole Maryam (bunga Maryam) di Iran, Azucena di Cuba, dan banyak lagi.

Ciri-ciri bunga Sedap Malam :
-Jenis pokok berumpun seperti bunga bakung atau spider lily.
-ketinggian pokok kurang dari 3 meter, daun hijau berkilat dan bunga bewarna putih kekuningan
-berbau wangi terutama diwaktu malam
- kewangiannya tidak hilang apabila dipetik; seperti bunga melur
-bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam
-pokoknya memerlukan pendedahan terus kepada cahaya matahari
-minyak pati bunga ini sangat mahal, digunakan untuk menenang emosi/stres.

Tuberose PearlBentuk bunga
Kenapa ada tajuk bentuk bunga pula? Yelah sebab terdapat 2 bentuk  bunga.  Satu dipanggil Single Flowering dan Double Tuberose”Pearl” (ini bahasa botani yer); atau lebih mudah yang berbunga penuh dan bunga berangkai. Yang selalu dipapar dan mungkin biasa dilihat adalah yang berangkai ini (Pearl)

harum sumdal malam(gambar dari http://bulbsonline.blogspot.com)

Kisah2 menarik bunga ini:
Suatu ketika dulu..seorang penari penari telah menggunakan bunga ini untuk menarik minat para penonton kerana baunya yang harum. Penari ini akhirnya dirogol dan dipulau para penduduk masa itu.Akhirnya mati semasa ingin melahirkan anaknya dihutan. Semenjak itu satu lembaga sering muncul dikawasan bunga ini ditanam. Agaknya dari sini kot Shuhaimi Baba dapat idea buat filem..
Di Indonesia bunga ini merupakan bunga rasmi untuk provinsi Jawa Timur.
India- digunakan untuk menaikkan mood romantik terutama pengantin baru. Gadis2 yang belum berkahwin dilarang menghidu bau bunga ini kerana dikhuatiri dapat menaikkan ghairah seks mereka (ha ha aku rasa nak tegelak waktu menaip ni..)
Dikatakan juga dapat menambah dan merangsang tenaga chakra untuk membolehkan mempunyai kuasa psikik (India).
Menjadi elemen  filem dalam Pontianak Harum Sundal Malam (Malaysia)…

-tamat-

Selamat Membaca…Ada masa jengoklah lagi…

Ulasan

  1. filem pontianak harum sundal malam ni dari bunga ni rupanya. menarik "khasiat" bunga ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pati minyak bunga ni memang sedikit mahal..

      Padam
  2. tanam depan rumah..bila malam bunga kembang harum semerbak...nyamannya.

    BalasPadam
  3. mula-mula tadi aku baca "bunga sedap makan" haha..
    asal sedap je, mesti libatkan makan..

    BalasPadam
  4. menarik juga kisah tentang bunga yang wangi ini :)

    BalasPadam
  5. salam...mna nak dpt benih bunga ni..sb mak sy minat sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat florist(kedai bunga) pun ada boleh cuba tanam tapi ikut nasib jugala kalau ada yg jual boleh jugak cari dipusat jagaan pokok ( nursery) kemungkinan jumpa agak tinggi juga..

      Padam
  6. Sumber Wikipedia dari http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=38&cat=HERBA

    BalasPadam
  7. Saya baru beli di pasar hari...RM 10. Bunganya hampir mekar...tu yg sibuk cari maklumat tentang pokok ni

    BalasPadam
  8. Dimana saya nak dapat kan bunga ni?

    BalasPadam
  9. Hai saya berminat dengan bunga ni,,Susah nak cari kat Sarawak,Mana2 kedai bunga @Garden shop@flower sho tak da jual bunga ni, Kalau boleh nak tanya mana saya boleh dapatkan bunga ini atau benih bunga ini kat Malaysia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena usaha cari.. Hari tu saya beli dekat expo pertanian kepala batas pulau pinang.. Kalau ada event macam ni rajin2 la turun cari mesti jumpa juga nanti

      Padam
    2. TQ for reply...so bermaksud kat Malaysia adalah tanaman ni..selain indonesia,,,hmm kalau kat sini peminat bunga tak ramai.

      Padam
  10. nak beli benih .. ada x hubungi saya 0177882315

    BalasPadam
  11. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    BalasPadam

Catat Ulasan