Halaman

Translate

Ahad, 6 Januari 2013

Steve Irwin a.k.a Crocodile Hunter


Bila aku buka TV dan tengok gelagat-gelagat host rancangan rencana melibatkan hidupan liar ni kadang2 teringat pulak kisah “Crocodile Hunter” yang popular suatu ketika dulu.  So aku pun buat la entri suka suka ini untuk dipublish kat blog aku. Kisah Steve Irwin a.k.a Crocodile Hunter.



Banyak siri rencana hidupan liar kini menampilkan host yang berani, gila-gila yang mana aku rasa ada peniruan stail Steve ini. Yelah sebelum tu kalau tengok rencana hidupan liar jer mulalah mata pun tiba2 jadi setengah kalau tak sempat tukar silap2 ada yang terlena depan TV he he.. . Lain pulak tengok rancangan Crocodile Hunter gelagat hostnya mengundang macam2 emosi. 

Ada yang menonton dengan perasaan teruja, kagum, seronok, gembira dan ada juga yang meluat, dalam dok meluat tu pun sampai habis jugakla tengok rancangan beliau.
Yelah sambil menangkap haiwan boleh pula bersembang-sembang dengan penonton dirumah. Sehingga ada juga komen yang mengatakan suatu hari nanti haiwan2 itulah yang akan makan dia he he.. . Episod yang aku ingat ialah apabila biawak Komodo (bukan komando yer) mengejar Steve dan dengan lintang pukang beliau lari menyelamatkan diri dengan berada diatas pokok. Memang kelakar sebab biawak komodo ni memang bahaya kalau kena gigit. Sorry panjang pulak mukadimah aku ni..

Ok jom baca serba sedikit, part2 kontroversi aku tak letak disini kalau nak tahu jugak kenala korang cari sendiri. Entri aku ni kiranya simple dan berinformasi, nak lebih kenala beli buku biografi  beliau he he.

Pengenalan

Stephen Robert "Steve" Irwin ialah pakar hidupan liar, ahli alamiah dan tokoh televisyen Australia. Beliau paling dikenali kerana merupakan juruacara, bersama dengan isterinya, Terri, kepada rancangan televisyennya, Pemburu Buaya (The Crocodile Hunter). Rancangan itu adalah sebuah siri dokumentari hidupan liar yang tidak mengikut kelaziman dan yang telah disiarkan di seluruh dunia. Irwin juga merupakan pemilik serta pengendali Zoo Australia diBeerwah, Queensland.


Tahun-tahun awal

Dilahirkan di Essendon yang merupakan sebuah bandar kecil berhampiran Melbourne, Steve Irwin berpindah dengan ibu bapanya, Bob dan Lyn, ke Queensland ketika masih kanak-kanak. Ibu bapanya mengurus Taman Reptilia dan Fauna Queensland, dan Steve biasa dikelilingi oleh buaya-buaya dan reptilia-reptilia semasa dibesarkan. Beliau kemudian menjadi seorang pemerangkap buaya dan secara percuma, membantu menghapuskan buaya-buaya yang masih berkeliaran di tempat-tempat kediaman yang berhampiran, dengan syarat quid pro quo bahawa beliau dapat menyimpan buaya-buaya itu di dalam taman ibu bapanya. Semasa masih kanak-kanak, beliau mengalami suatu kejadian yang buruk dengan seekor burung kakaktua yang menyebabkan beliau takut akan burung ini pada sepanjang hayatnya.

pemburu buaya termasyur
Aksi Steve yang mengundang pelbagai reaksi penonton


Permulaan kemasyhuran


1991, Steve mengambil alih pengendalian taman Australia, kini dinamakan semula sebagai "Zoo Australia", dan pada tahun 1992 telah bertemu dengan Terri di tamannya dan mereka kemudian berkahwin. Penggambaran bahagian filem yang dibuat oleh John Stainton tentang bulan madu Irwin yang menampilkan pemerangkapan buaya kemudian dijadikan episod pertama "Pemburu Buaya". Filem ini mencapai kejayaan yang luar biasa di Amerika.
Di bawah pimpinan Steve yang ramah, perniagaannya berkembang  pesat hingga merangkumi zoo, siri televisyen, Yayasan Pemuliharaan Steve Irwin, dan Penyelamat Buaya Antarabangsa. Perbaikan pada Zoo Australianya termasuk Muzium Buaya Planet Haiwan, lau burung hutan hujan, dan Candi Harimau.
crocodile hunter
Steve dan isteri

Kematian


Pada 4 September, 2006, sejurus selepas pukul 11:00 pagi. masa tempatan, Irwin ditikam oleh cangkuk ikan pari semasa menyunting sebuah dokumentari "dalam air" di Great Barrier Reef berdekatan Low Isles di Port Douglas, arah utara dari Cairns, Queensland, Australia. Laporan akhbar menyatakan bahawa beliau disengat dijantung oleh ikan pari itu, menyebabkan kecederaan yang mengancam nyawa.
Selepas Irwin disengat, kumpulan kerjanya memanggilkan bantuan perubatan dan sebuah Helikopter Penyelamat Queensland menjawab panggilan ini . Perkhidmatan Polis Queensland memaklumkan perkara ini kepada keluarganya dan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung peristiwa berkenaan.

The Crocodile Hunter Stephen Robert "Steve" Irwin (22 Februari 1962  4 September 2006)

Filmography

Year
Film
Role
Other notes
1997–2004
Himself
1999–2000
Himself
2001
Himself
Cameo role
2002
Himself
One episode
2002
Himself
2004
The Bad Parent Hunter
Episode: Nega Timmy
2006
Himself
One Episode
2006
Trev
(voice)
2007
Himself
TV Special (Released after death), In Memory of.
2007–2008
Himself
TV series, released after death. New and Archive Footage
   Sumber : wikipedia


13 ulasan:

  1. SEPATUTNYA DIA MATI DI TANGAN BUAYA, BUKAN IKAN PARI.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ajal maut tuhan aje yang tahu kan..

      Padam
  2. dulu selalu la tengok rancangan dia..suka tengok dia becakap tu..macam ye ye je..hehehe

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maafkan hamba terdelete secara x sedar

      Padam
  4. Salam bro... iklan DiGi di atas dah 'mati' la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh jangan tengok klik jer iklan tu..harap2 dapat klik selalu :)

      Padam
  5. biasa tengok rancangan animal planet. memang berani giler steve ni.

    BalasPadam
  6. Steve nie memang terbaik. Beberapa bulan lepas, saya tengok ade sorang saintis yang lebih kurang macam steve jugak. Dia tinggal dengan beberapa ekor harimau kat afrika.harimau tue siap bagi saintis tue tdo kat atas badan dia. Time harimau tue beranak pun dia boleh duduk dekat.
    A very great scenario to watch as human risk all that they got.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ..memang ada beberapa orang yang jiwanya macamtu..

      Padam