Halaman

Translate

Khamis, 6 Disember 2012

Masjid Jin


Masjid Jin

Masjid Al Jin terdiri dari dua tingkat dengan satu ruang bawah tanah. Didalamnya jika kita menengok ke atas, pengunjung akan dapat melihat kubah masjid yang dihias dengan tulisan kaligrafi Surat Al Jin ayat 1-9.

Sejarah

Rombongan Jin yang sedang dalam perjalanan ke Thilamah terdengar lantunan merdu ayat suci Al-Quran lalu terpesona. Dicari siapakah yang sedang membaca surah suci ini lalu ditemukan Rasullulah SAW dan para sahabat sedang membaca Al-Quran.
Mengikut riwayat ada yang mengatakan jumlah jin tersebut  adalah tujuh ada yang kata sepuluh, ada yang kata sepuluh tetapi yang berbicara dengan Rasullullah cuma tujuh. Tak kisah lah yang mana satu yang penting telah berlaku dialog antara para jin dan Rasullullah. Ketika ini dikatakan para sahabat tidak dapat melihat jin-jin ini tetapi dapat merasa kehadiran para jin tersebut. Disinilah berlakunya peristiwa keislaman para jin ini apabila mereka mengakui kerasulan dan risalah Islam yang dibawa Rasullullah SAW. 


“Telah diwahyukan kepadamu bahawa sekumpulan Jin diperdengarkan ayat Al-quran. Lalu mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengarkan Alquran yang menakjubkan. Yang memberi petunjuk kepada jalan yang benar, kerana itu kami tidak akan mempersekutukan Allah SWT kami dengan sesiapapun juga.”

Surah Jin ayat 1-2


Ada juga riwayat mengatakan para jin ini ingin melihat bukti mukjizat Rasullullah, maka baginda memanggil sebatang pokok datang kepada baginda maka bangunlah pokok itu bergerak dan datang kepada baginda maka kagumlah para Jin ini lantas mengakui mukjizat baginda.Ditempat pokok itu kini dibina sebuah masjid dikenali dengan nama Masjid Pokok diseberang jalan Masjid Jin. (Gambar masjid Pokok tidak disertakan)

Dari kejadian inilah, masjid ini dinamakan Masjid Al-Jin.wassallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan