Halaman

Translate

Khamis, 13 Disember 2012

Bunga Bangkai: Rafflesia atau Titanium?




Bunga Bangkai: Rafflesia atau Armorphophallus Titanium?

Armorphophallus Titanium

Tajuk bunga bangkai ini telah dibuat ramai blogger apatah lagi kemunculan ceritanya dalam Kosmo!; maka banyaklah geng2 blogger  buat entri tentang bunga bangkai ini. Bila aku buat sedikit kajian (he he kira rajin gak aku nih) maka ada beberapa perkara yang memusykilkan aku.

1 – adakah bunga bangkai(Titanium) yang dibuat entri oleh para blogger ini bunga terbesar didunia?
2 – berbanding bunga Raffesia yang mana pulak lagi besar?
3 – yang mana satu bunga bangkai, Rafflesia ke atau Armorphophallus Titanium?



Bila aku check kebanyakkan sumber kedua-dua bunga ini akan diletakkan sekali.  Ada blogger telah melakukan kesilapan dengan dengan menyatakan bila belum kembang kelihatan seperti kobis (dengan meletakkan gambar bunga Rafflesia) dan bila kembang dengan meletakkan gambar bunga Amorphophallus titanium.  Ye benar silap sama sekali. Kedua-duanya adalah bunga yang berlainan species tetapi dikenali sebagai bunga bangkai. Benarkah bau bangkai dikeluarkan kedua-dua bunga ini? Ok camni biar aku explain sket ; untuk Rafflesia lebih kepada bau makanan yang telah berkulat + basi, manakala bau Titanium pula menjurus kepada bau daging busuk. Kesimpulannya Armorphophallus Titanium lebih layak untuk dipanggil bunga bangkai tetapi aku rasa tak mengapalah sebab bau Rafflesia tu pun boleh kira layak jugala. Kalau tak percaya korang boleh try bau..

Ok tinggal satu lagi yang belum dijawabkan? Bunga terbesar didunia adalah…





Bunga Rafflesia



Eh eh kenapa Rafflesia pulak? Kalau tengok gambar nampak cam Titanium tu yang lagi besar..mesti otak hangpa pikiaq (cakap penang) lagu tu kan?  Kalau aku biar tergantung jawapan ni tentu lagi misteri kan? :)

-Selamat membaca -



p/s – kalau ada respons aku pertimbangkan sambungan untuk jawapan.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan