Halaman

Translate

Selasa, 19 Jun 2012

Masjid Berkubah Emas (Brunei)


Kali ini kita singgah di Brunei. Setengah- setengah data sengaja aku tak letak, macam berapa banyak dan berapa tinggi menara kedua-dua masjid ni. Kisah masjid berkubah emas ni rupanya pernah dibuat oleh blogger lain, untuk mengelakkan dari persamaan ayat dan data aku terpaksa karang semula naskah aku kali ni. Meh tengok betapa cantik kedua-dua masjid ni.

Di Brunei terdapat 2 buah masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dan Masjid Jamek Al-asr @ Masjid Bandar Seri Begawan.



(photo by Mohamed Abbas Zaki)
Masjid Sultan Omar Ali
Kos pembinaan sekitar 5 juta USD, masjid ini pada zamannya dianggap antara bangunan yang terindah didunia. Kalau tengok gambar sekarang ni pun tetap nampak indah jugakan. Kubahnya diperbuat dari emas 24 karat.(Gambar di atas)






Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan
Masjid ini dibina sempena memperingati 25tahun pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah. Seperti masjid Sultan Omar Ali, 29 kubahnya diperbuat dari emas 24 karat. Masjid ini merupakan sebahagian dari Istana Bolkiah. Kalau nak masuk melawat kena amik pas. Kita boleh tengok pemandangan Bandar Seri Begawan dan juga Kampung Ayer. Terdapat 5 pintu masuk, 2 daripadanya khusus untuk keluarga di-Raja dan tetamu kerajaan. 



2 ulasan:

  1. sangat cantik! 24karat tuhhh!

    saya follow, singgah saya jugak nanti yer :)

    BalasPadam