Halaman

Translate

Khamis, 19 April 2012

Mental@Skizofrenia

Kisah penyakit mental seringkali terbit didada akhbar mahupun berita. Topik aku kali ini agat berat sedikit,Penyakit Mental@Skizofrenia (x tahula korang boleh sebut ka tidak). Makin lama makin ramai yang dapat penyakit ni. Kalau gila-gila xpala jugak ni gila betui koh koh koh. Okay serius balik, jum tengok hasil kerja aku kali ini .


Tanda-tanda awal
   1..Merasa depresi, sedih atau stress peringkat tinggi secara terus-menerus.
2. Sering berfikir / melamun yang bukan2 (delusi).
3. Kesulitan untuk melakukan pekerjaan atau tugas sehari-hari walaupun pekerjaan tersebut telah dijalani selama bertahun-tahun.
4. Paranoid (cemas / takut) yang tidak bertempat.
5. Suka menggunakan ubat hanya demi kesenangan.
6. Memiliki pemikiran untuk mengakhiri hidup atau bunuh diri.
7. Terjadi perubahan diri yang cukup ketara.
8. Memiliki emosi atau perasaan yang mudah berubah-ubah.
9. Terjadi perubahan pola makan yang tidak seperti biasa.
10. Pola tidur terjadi perubahan tidak seperti biasa.(kalau kerja shift lain la)

FAKTA

Masalah mental tidak mengira jantina. Bermula dari peringkat kanak-kanak hingga peringkat tua.

Faktor genetik dan keturunan adalah faktor utama permasalahan mental

Ruang pemulihan sentiasa ada

Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang.

 Jenis2 sakit mental :ketakutan yang tidak berasas (fobia),keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.
Jenis rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif.
Rawatan kaunseling dapat membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.

Rawatan psikotropik ubat-ubatan yang dikelasfikasikan sebagai ubat psikotropik digunakan untuk rawatan penyakit mental.
Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.
Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. 

Satu lagi kita jangan menjauhkan diri dengan mereka ni, bagi mereka  ruang sentiasa mendekati mereka jangan biar mereka bersendirian (untuk tanda2 awal sahaja). Ajak mereka berdiskusi secara positif dan terangkan tentang indahnya kehidupan (ini pendapat aku sendiri ni).

nota: jika anda atau sanak saudara atau kawan2 yang menpunyai tanda2 awal tu boleh try secara terapi dengan membaca blog aku ini...  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan