Gempa dan Tsunami



Gambar diatas adalah gambar Tsunami yang melanda Jepun tahun lepas (Ihsan National Geographic). Apa yang menimpa jepun memang agak mengejutkan. Baru-baru ni bertarikh 11April 2012 gempa bumi berlaku di Acheh, Indonesia. Gegarannya turut dirasakan oleh negara2 jiran.Amaran Tsunami juga dikeluarkan beberapa minit kemudian.Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai.Ini adalah amaran yang dikeluarkan bagaimana pun ada juga kilang di Pulau Pinang yang tidak perihatin dengan menyuruh pekerja bekerja diwaktu itu. Gegaran berukurun 8.9 Skala Richter.


Dua cara digunakan untuk mengukur pergerakan bumi (gempa bumi0 iaitu Modifikasi Intensiti Mercalli dan Skala Richter. Yang femes dah tentu Skala Richter la. Charles F. Richter adalah pencipta ukuran ini. Kalau nak tau riwayat beliau boleh search sendiri la okay.Tahap ukuran bahaya adalah seperti ilustrasi di atas.Kalau x paham boleh baca dibawah ini :


Skala Richter 0-3.9

0-1.9: Hanya boleh dirasai oleh alat sesimograph. 
2-2.9: Objek yang tergantung akan kelihatan bergoyang. 
3-3.9: Tanah bergegar seperti lori berat berlalu bersebelahan dengan kita. 

Skala Richter 4-6.9

4-4.9: Boleh memecahkan tingkap dan menjatuhkan objek yang tidak stabil.
5-5.9: Kerusi dan almari boleh bergerak dan simen plaster boleh tertanggal dari dinding. 
6-6.9: Dinding bangunan boleh retak. 

Skala Richter 7-10

7-7.9: Jalanraya retak dan paip-paip air pecah, bangunan yang tidak kukuh strukturnya boleh retak. 
8-8.9: Bangunan runtuh hanya sebahagian bangunan akan masih berdiri. 
9-10: Meranapkan bandar dan pergerakan bumi boleh dilihat dengan matak kasar.  




Bila tiba di tempat kerja hari tu banyak kisah2 lucu dari kawan2 sekerj seperti Mat Rafi,  Adi Mastura, Azizah, Alias dan kawan2 yang lain. Apa pun bersyukur jugalah tiada perkara yang tidak diingini berlaku meskipun ada juga sedikit kes di Kuala Lumpur.

Apa yang patut kita buat sekiranya berlaku kat negara kita? 
Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan
  • Duduk di dalam bangunan
  • Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.
  • Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin.
  • Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
  • Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh.
  • Gerakan berbentuk gelombang boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
  • Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada bahan yang jatuh dan serpihan kaca.
  • Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api di sebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.

Duck Cover Hold
  • Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
  • Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain dan keadaan yang masih bergoncang. 

Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Yang Tinggi
  • Berlindung menggunakan duck, cover and hold, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
  • Jangan gunakan lif
  • Patuhi prosedur pengungsian bangunan.
Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Dekat Bangunan
Berjalan masuk ke arah muka pintu atau rapat ke struktur bangunan untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan barangan lain yang jatuh.

Sekiranya Anda di dalam Kereta yang Bergerak
  • Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai.
  • Walaubagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda
  • Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik.
  • Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar lektrik yang terendam atau laluan jalan rosak atau berlubang-lubang.
       
 Apa Anda Harus Lakukan Selepas gempa Bumi?
  1. Periksa kecederaan. Bila gegaran berhenti kerosakan mungkin berlaku dan mungkin ada yang cedera.
  2. Beri bantuan kecemasan bila perlu. Walau bagaimana pun, jangan cuba gerakkan orang yang cedera parah kecuali mereka di dalam bahaya berterusan.
  3. Periksa kebakaran dan bahaya api. Padamkan api dengan segera jika anda mampu.
  4. Jika anda terbau gas, buka tingkap dan tutup injap utama. Jangan nyalakan mancis atau gunakan api. Gunakan lampu suluh.
  5. Tutup bekalan elektrik jika kebetulan ada kerosakan pada sistem pendawaian.
  6. Tutup paip utama jika kebocoran telah berlaku.
  7. Jangan sentuh pendawaian lektrik yang terendam dalam air atau objek-objek yang bersentuhan dengannya.
  8. Periksa almari dan kawasan rak penstoran tetapi buka pintu-pintu dengan cermat dan waspada terhadap objek-objek yang jatuh.
  9. Cuci dengan segera tumpahan ubat-ubatan dan lain-lain bahan yang berpotensi membahayakan.
  10. Jangan makan atau minum sembarangan daripada bekas-bekas yang berdekatan dengan kaca yang telah remuk.
  11. Jangan guna telefon kecuali untuk memanggil bantuan untuk melaporkan kecemasan (perubatan, kebakaran atau jenayah).
  12. Keluar dari bangunan yang telah rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya
  13. Hidupkan radio berkuasa bateri anda untuk laporan kerosakan dan informasi. Jangan sebarkan khabar-khabar angin.
  14. Bekerjasama dengan agensi-agensi penyelamat
  15. Untuk sementara, jangan masuk ke kawasan yang mengalami kerosakan kecuali bantuan anda diperlukan.
  16. Kosongkan lorong-lorong untuk laluan kenderaan-kenderaan kecemasan.
  17. Cuba bawa bertenang dan membantu kanak-kanak yang mungkin mengalami trauma akibat gempa bumi. 

    Penat aku kali ni sebab aku letak data yang banyak kali ni he he ....

    Sumber utama : iluvislam.com

Ulasan

Catat Ulasan