Halaman

Translate

Sabtu, 7 April 2012

Botol Mineral


Air adalah sumber yang penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kalau kat rumah banyak kita simpan air dalam botol air mineral yang kita dah minum. Ok kali ni aku nak terang sikit tentang cirri-ciri botol  ni.
Cuba perhatikan kat belah bawah botol tu ada nombor. Nombor apa tu? Ada orang kata nombor tu nombor berapa kali kita boleh recycle air dalam tu. Betui ka? Sebenarnya salah. Nombor kat bawah botol tu selalunya berada dalam kotak segitiga. Korang tengok sendiri la , malasla nak letak gambar. Jumpa tak? Ok, Nombor ini mewakili bahan kimia yang digunakan untuk buat botol ni. Ha mari lihat senarai kimia yang digunakan.
1) Polyethylene terephalate (PET)
2) High density polyethylene (HDPE)
3) Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)
4) Low density polyethylene LDPE
5) Polypropylene (PP)
6) Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)
7) Other, including nylon and acrylic
Kadang2 contoh dia letak nombor 1 dalam segitiga tu pas tu sebelah ada kod PET . Ha jumpa tak?
 Ha inilah bahan kimia yang digunakan tu. Semua bahan ni adalah TOXIC. Dibentuk sewaktu proses peleburan, so kalau letak air panas korang dah melebur botol tu sekali lagila, pembebasan toxic mungkin berlaku disini. So hati-hati kalau rasa air tu semacam maknanya korang dah terminum toxic la. Tetapi dia xdela meninggal serta-merta Cuma tak elok dalam tubuh badan, lama-lama boleh kena penyakit  akibat toxic ni.Antara bahan2 ni yang agak berbahaya ialah no 3,6,7. Dalam dok belek2  botol ni aku jumpa juga no yang x tidak berada dalam segitiga ni; mungkin kot yang ni yang berapa kali boleh guna pakai (?).
Secara kesimpulan, jangan guna botol2 ni terlalu lama kalau rasa air dah lain tukar botol lain. Kalau guna sekali atau dua kal pakai ja rasanya jarang kita buat pun. So gunalah secara bijak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan