Halaman

Translate

Sabtu, 31 Mac 2012

Mukah Head Lighthouse



mukah head beach



Pantai Kerachut 

Mukah Head Lighthouse (Rumah api) & Pantai Kerachut

Ok segment santai kali ni singgah di Rumah Api Mukah Head atau dipanggil Mukah Head saja oleh penduduk tempatan. Segment santai? Tak lari topik ker ? Sebenarnya tidak sebab memang tujuan aku buat blog nak bagi informasi yang jarang diketahui dan dengar. So apa saja pun boleh betui tak?

Apa yang bestnya kat situ? Tempat tu mungkin x sebest mana pada setengah orang tapi bagi yang cinta alam sekitar, ingin lari lari dari kesibukan kota bolehla berkunjung ke tempat ini. Pada yang menyukai aktivi jungle-trekking tempat ni memang best sangat.. Nak tengok burung pun boleh, flora dan fauna pun banyak(aku tak la tengok sangat pun).

Kedua kawasan ini terletak di Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang. Mesti ramai yang tak tahu; selalu kalau sebut Taman Negara orang ingat dekat sempadan Pahang tu saja. So aku sertakan serba sedikit gambar untuk tatapan korang, pakai kamera hpon jer  kalau guna DSLR lagi la cantik. Nak masuk dan keluar register la dulu dekat pejabat urusetia Taman Negara. Yela hilang nanti sapa pun tak tahu pulak. Pada mula laluan untuk ke Pantai Kerachut dan Mukah Head berkongsi trek yang sama, kira setengah jam perjalanan baru la terpisah kepada 2 laluan. Anggaran perjalanan 1 jam 45 minit. Pada yang kaki kuat mungkin tiba lebih awal, pada yang lutut tak kuat tu mungkin lebih lama.

Tips :   1. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai.
                2. Makan sedikit coklat sebelum mulakan perjalanan
                3. Bawa air putih dan 100 plus sebotol (bawa lebih lagi bagus)
                4. Masuk diawal pagi lebih tepat sebelum jam 10 pagi.
                5. Berjalan tidak terlalu laju        
                6. Ambil no telefon bot (mana tahu letih nak jalan pulang)

Larangan : 1.Jangan buang sampah merata-rata, bawa plastik sampah sendiri dan buang ketika keluar dari Taman Negara. 2. Jangan bercumbu-cumbuan, sini bukan tempat bercinta.


Selamat Bersantai...

3 ulasan:

  1. hahaaa....ingat zaman muda dulu...hihiii

    BalasPadam
  2. woww....aku pling muda tu,skrg bru 21 yeay!!!!!

    BalasPadam