Halaman

Translate

Selasa, 25 Februari 2020

Ibu-bapa sekarang yang sayang anak berlebihan..jom baca !!

Sekarang ini zaman Ibu bapa sayang anak berlebihan.

sayang anak,berlebiha,akibat sayang anak berlebihan,buka minda

Putri - Kucing comel


Sengaja aku tulis tajuk macam tu senang paham. Siapa yang berminat pasal topik ni boleh klik baca.

Yelah, aku rasa betul.. entah kenapa mentaliti Ibu bapa sekarang tak sama lagi macam zaman diaorang membesar dulu. Walhal zaman diaorang dulu Ibu bapa boleh tahan juga garangnya.

Aku ada dengar KOOL Fm baru baru ini sorang pakar bab ini kata jangan marah anak jangan pukul anak sebab benda ini akan meninggalkan kesan pada memori dia.

Bab bab memori ini aku rasa betul, memang kalau pernah kena rotan kita akan ingat hingga ke akhir hayat Aku dengar sorang Deejay macam tak bersetuju sebab benda benda ini perlu sebagai pengajaran. Aku pun sedikit sebanyak setuju dengan deejay. Rotan sikit apa salahnya tapi janganlah sampai berdarah, sampai koma, sampai mati..

Okla sambung balik pada mesej yang aku nak cerita ni.

Bila aku tengok dekat kawasan perumahan yang aku diami ni,rata rata masih bersekolah dah bawak Ysuku.. Pergh mahal kot moto tu. Lepas tu bila cuti sekolah dok melepak ramai ramai, basuh motor hari hari hingga menimbulkan rasa rimas pada mata yang memandang.

Alasan bagi motor? Senang nak pi kelas tambahan, tolong mak pergi kedai, anak aku baik! Yelah tu anak ko baik.. Walhal berlakon je tu. Lakonan anak anak sekarang memang mahal dan terbaik. Kalau cikgu kata anak ko malas lembab, ko gertak balik dengan nak lempang la nak saman la. Profession guru sekarang ni Ibu bapa padang sebelah mata ja.. Tiada hormat pada mereka yang menabur budi pada anak bangsa.

Sembilan tahun yang dahulu ada rakan sekerja tanya nak beli laptop pada anak.. Aku tanya umur berapa? Darjah lima.. Tentulah aku tak berapa setuju aku kata beli desktop lagi sesuai, laptop ni kena jaga betul betul.. Lagi pun budak lagi. Masam la muka rakan aku ni walhal aku bagi nasihat yang betul bukan aku kata tak boleh beli pun. Nampak tak sayang dia macam mana?

Bukan la aku kata tak boleh sayangkan anak. Berpada pada lah.. Gunakan pertimbangan yang betul. Entahla aku cuma ngomel sahaja.. Anak kamu pandai-pandai la kamu didik.. Adios 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...