Halaman

Translate

Jumaat, 21 Februari 2014

Gua Kelam (2014)

Gua Kelam

Gua Kelam merupakan destinasi percutian yang popular diPerlis. Kali ini jum singgah di Gua Kelam. Walaupun popular tetapi ramai yang tak pernah sampai lagi. Sekembalinya aku dari Langkawi aku memutuskan untuk singgah di gua peranginan popular dinegeri Perlis ini.

Eagle feeding Langkawi video..promote sikit

Kenapa tak citer pasal Langkawi lak yer? Hmm…Langkawi memang dah cukup popular dan aku memang jarang nak citer tempat-tempat macamni yang memang ramai dah tahu jadi biarlah aku promote GUA KELAM buat pengunjung blog aku ini.


sungai gua kelam, gua kelam, dimana letak gua kelam?
Kalau tak nak masuk gua pun boleh mandi manda di sini


entering gua kelam
Pintu masuk Gua Kelam

First time sampai memang macam-macam pertanyaan dalam otak aku ini. Jadi setelah membayar masuk dikaunter aku terus masuk. Suasana dalam gua yang sejuk dan berangin memang best tetapi mungkin juga ada sesetengah orang akan kata seram pulak..wat eever la. Perjalanan didalam gua berukuran 370 meter diiringi dengan bunyian air yang mengalir deras dibawah tapak kaki anda. Pelantar jalan kaki dibina untuk memudahkan kita berjalan didalam gua yelah kalau tidak kena harung air sungai dalam gua nilah jawabnya.

Pelantar yang dibina didalam gua



Dalam sepuluh atau 15 minit perjalanan kita akan jumpa jalan keluar di gua ini. Rasa cam dalam filem pulak, yelah kalau dalam filem nampak pintu keluar gua terus rasa seronok. Macam itu jugala aku rasa pun walaupun sebenarnya tak sesat pun.

Sampai diluar pemandangan anda akan dijamu dengan pemandangan alam yang menarik. Sungainya memang jernih memang aku syorkan kalau nak mandi-manda atau berkelah bersama keluarga. Kalau nak berkemah pun boleh tetapi kena jaga tatatertib la..kawasan ini keras….banyak batu-batan disini. Sebelum aku mula melalut jum layan gambar..







gua kelam perlis, camping di gua kelam
Bahagian belakang Gua Kelam, gambar wajib amik nih..



pintu belakang gua,gua kelam,gua kelawar




menara peninjau gua kelam
Pelantar peninjau dibahagian belakang gua


gua kelam,kelam kabut,sungai gua kelam




pondok gua kelam




sungai gua kelam,air terjun gua kelam, air terjun yang bersihaktiviti di gua kelam





secret garden gua kelam
Taman mini dibelakang gua kelam


Alamat Gua Kelam:
Dipinggir pekan kecil Kaki Bukit,Perlis.
36km dari Kangar, ibunegeri Perlis Indera Kayangan

Cara kesana:


Dari lebuhraya PLUS – keluar di Changlun dan ikut lebuhraya Kuala Perlis – Kangar. Dari Kangar ikut signboard menghala ke Padang Besar-Wang Kelian. Dari situ terdapat papan tanda Gua Kelam..sekiranya tiba-tiba tiada petunjuk ikut sahaja papan tanda yang menunjukkan jalan ke Wang Kelian kerana Gua Kelam adalah dalam laluan yang sama.

Maklumat lanjut :http://www.perlis.gov.my/index.php/en/pelancongan/tempat-menarik/taman-rekreasi-gua-kelam

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. Elokla bawak family jalan2 ke sana..

      Padam
  2. Tinggi jugak tangga nak naik atas tu, tapi nampak memang best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya takde masalah kot nak naik tangga tu...lainla kalau di Batu Cave tu :)

      Padam
  3. sebelum ni tak tau pun tentang gua kelam ni..harap nanti adalah kesempatan nak ke sini :)

    BalasPadam
  4. Ingat sudah tutup sejak 2010. Sudah buka semula ke ?

    BalasPadam
  5. Brape charge nk msuk ney

    BalasPadam