Halaman

Translate

Rabu, 21 Mac 2012

SWOT


SWOT ANALYST (ANALISIS)

Amenda plak SWOT ANALYST nih? Untuk yang amik kursus perniagaan mungkin pernah dengar perkataaa ini. Okey, SWOT analisis ni kita boleh applikasi masa perancangan kita nak bukak bisnes.

S- Strenght (kekuatan) – Kenal pasti apakah kekuatan perniagaan kita ni. Contoh : lokasi , harga dan kos yang murah, dan sebagainya.

W- Weakness (kelemahan) – Mengetahui kelemahan dan cara mengatasi kelemahan yang ada. Contoh : Bekalan yang tak menentu..dan bagaimana nak mendapat bekalan yang secukupnya.

O- Opportunity (peluang) – Apakah peluang yang mungkin ada dan yang sedia ada yang ditawarkan. Contoh : rebet cukai yang diberi oleh pihak kerajaan, pembukaan institusi pengajian tinggi dikawasan perniagaan. Yang penting setiap peluang boleh menjana pendapatan pada perniagaan kita walaupun dalam jangkamasa panjang.

Threat – Halangan/ancaman – Halangan sentiasa ada dalam apa jua perniagaan . Contoh ; halangan birokrasi untuk mendapatkan lesen. Persaingan dari perniagaan yang hampir sama di tempat perniagaan dan sebagainya.Pastikan kita tahu apa jua halangan yang mungkin ada untuk perniagaan kita. 

Dengan mengenal pasti semua perkara diatas barulah kita boleh membuka perniagaan dengan sewajarnya. So pada yang ingin membuka perniagaan bolehla mengapplikasikan pengetahuan tentang SWOT ini. Selamat Berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan