Halaman

Translate

Jumaat, 9 April 2021

Jadilah Peniaga Yang Jujur Di Bulan Ramadhan



puasa 2021


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung blog Buka Minda ini. Lama juga aku tak menulis.Aku cuma berehat sekejap dari sebarang aktiviti.


Oklah dah baca tajuk kan. Penting jadi peniaga yang jujur. Nak untung memang la kena untung sebab kita peniaga memang cari rezeki melalui untung.Tetapi biarlah berkat dan tak mengundang caci maki orang ramai.

Beberapa tahun lepas aku pernah menulis bagaimana aku beli air kelapa dan rasanya macam air paip ja ketika waktu berbuka puasa.Jadi artikel ini adalah ulangan peringatan buat peniaga bazar Ramadhan semua.

Bahan janganla kedekut. Mesti cukup rasa. Janganla sikit sikit nak letak cheese.Harga pulak janganla melampau mahal. Nak untung tak salah tetapi janganla menipu.

Kalau hari mula pelanggan dah terkena jangan harap la repeat order lagi.Memangla untung tetapi mungkin dua tiga hari sahaja..akhirnya korang juga yang rugi sebab tiada lagi repeat order dari pelanggan yang sama.

Ada juga saranan dari netuzen..kalau nak untung lebih dengan buat semua perkara yang aku tulis kat atas tu.. Janganla mengada ngada nak berniaga..baik tak payah..

Ramadhan akhirnya datang lagi... Selamat berpuasa bagi para muslimin dan muslimat.

P/s : murtabak tak mau letak kobis banyak2 ye 

1 ulasan:

  1. Bila peniaga pikirkan keuntungan semata2 tanpa mengambil kira kualiti..kalau akak memang pangkah terus peniaga mcm tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...