Halaman

Translate

Khamis, 13 Jun 2019

Maaf Tiada Emas Olimpik Dari Saya - Datuk Lee Chong Wei



lee chong wei bersara,pengumumam lee chong wei bersara

Putrajaya – Datuk Lee Chong Wei akhirnya mengumumkan persaraannya pada hri ini 13 Jun 2019. Beliau mengumumkan persaraannya dalam sukan badminton akibat masalah kesihatan yang dihadapinya. Menurutnya lagi  beliau memerlukan latihan intensif sekiranya ingin meneruskan karier beliau , bagaimanapun latihan ini akan mengundang bahaya kepada kesihatan beliau sendiri. Beliau mengihidap kanser hidung.

Jelas bekas pemain nombor satu dunia itu, ia adalah keputusan paling sukar pernah dibuatnya, namun selepas berfikir panjang termasuk mendapatkan pandangan serta nasihat dari isterinya Datin Wong Mew Choo.  


lee chong wei ,penang malaysia,putrajaya,lee chong wei announce retirement


"Saya akhirnya membuat keputusan untuk menggantung raket selepas sambutan Aidilfitri tempoh hari, ia adalah keputusan berat untuk saya tetapi apa yang paling penting adalah isu kesihatan saya," katanya.


all england winner,malaysia all england champion,lee chong wei win all england
Datuk Lee Chong Wei - All England


Beliau juga memohon maaf kerana tidak dapat menghadiahkan emas olimpik kepada rakyat Malaysia.
Chong Wei ditemani Syed Saddiq, Norza dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong ketika menyampaikan pengumuman berkenaan.

Selepas 19 tahun mengabdikan diri dalam sukan badminton, akhirnya beliau bersara jua.
Sudah tentu kelibat beliau akan dirindui oleh jutaan rakyat Malaysia. Apa pun selamat bersara Datuk Lee Chong Wei. Pemain nombor satu Malaysia dalam sukan Badminton. Terima kasih buat Lee Chong Wei ..legenda badminton dunia..!

klik video!



Malaysia number one badminton player,pemain badminton nombor satu dunia,chong wei vs lin dan

Terima Kasih Datuk!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...