Halaman

Translate

Rabu, 6 Februari 2019

Heliza Helmi - cakap cakap belakang!


heliza helmi artis AF musim ke 5
Ini lah Heliza Helmi

Apa khabar para pembaca sekian..sihat ke? Tahun ni mungkin aku akan kurangkan aktiviti blogging aku. Empat blog tu aku nak kena tulis..jadi kena la rehat sama. Sekarang aku sibuk dengan penjualan produk Cuckoo ,ala buat part time je pun (sibuk buat promosi he he)..

heliza helmi facebook,ig heliza helmi,heliza helmi instagram
jangan tenung lama-lama..


Jum mula. Aku tengok dalam TV artis seorang ni beberapa minggu yang lepas.Nama dia Heliza Helmi. Bila aku tulis cakap-cakap belakang bukan bermakna aku nak kutuk atau nak fitnah aib kat beliau. Tak ..sahaja aku nak sembang-sembang sikit dengan korang pasal si Heliza ini je.

Ingatkan peserta Akademi Fantasia (AF) musim pertama rupanya musim ke lima. Ni pun aku check kat Wikipedia. Sejujurnya aku mungkin pernah tengok satu ja konsert AF beliau ,tu pun aku ingat-ingat lupa. Dari dulu hingga sekarang aku tak tengok Astro sebab rumah aku memang tak pasang Astro. Cuma bila aku singgah rumah saudara mara je aku tengok gitu gitu je.

Si Heliza ini buat aku tertanya-tanya jugakla, sebab biasa kalau keluar AF ni mesti ada buat show buat album tak pun berlakon sitcom ke atau apa jua yang glamorla orang kata. Aku tengok dalam wiki tu ada benda-benda ni tapi aku kurang tau mungkin sebab Astro tu la. Tapi yang aku tau beliau banyak buat kerja-kerja amal. Duta Aman Palestine, aktif dengan beberapa NGO seperti Muslim Care, MAPIM dan sebagainya. Bukan sekali dua tapi konsisten dalam menabur bakti kepada ummah. Tabik spring la buat beliau. Memang lain dari yang lain la minah ni.

save rohingya,heliza helmi campaign,siapa bakal suami heliza helmi
Heliza Helmi - save Rohingya campaign


Apa pun selamat maju jaya buat Heliza Helmi dalam apa jua yang anda lakukan..
Jumpa lagi


p/s : pendeknya cerita..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...