Halaman

Translate

Selasa, 11 Disember 2018

Sudah-sudahlah mencuri tu...


Sudah-sudahla mencuri tu…

Buat pencuri yang dah dua kali mencuri dikebun aku…sudah-sudahla mencuri tu..ingatla tuhan tu nampak apa yang hang buat. Nanti kudung tangan sebab eksiden baru hang tau!

pencuri barang di kebun,pencuri,kebun,pencuri paling hebat di dunia
kebun saya...

Ya..ini kisah kecurian yang berlaku dikebun aku sendiri. Dah dua kali barang aku hilang..Parang,cangkul, gogle, tong racun ,racun daun,racun lalang,tiub tayar untuk bakar sampah,jarring okid 7 meter,beg hitam untuk tanaman,jagung dan banyak lagi. Yang aku perasan lepas hujan lebat selalu kejadian ini berlaku.

Kalau ikut survey dan teori yang aku lakukan suspeknya mestilah pekebun juga, ada yang kata jiran-jiran kebun yang lalkukan.Tapi aku tak boleh cakap macamtu sebab tak ada bukti pun. Ada yang suggest boh perangkap tetapi aku cakap tak perlu takut-takut aku sendiri yang terkena tak pun kawan-kawan yang singgah masuk nak amik daun pisang ka apa ka ,naya ja.

Aku ingat nak gantung banner je dalam kebun aku dengan ayat berbunyi begini “ sudah-sudah la mencuri tu..ingat tuhan sama “ . Tak perlu tempah banner sebab ada beberapa banner lama aku simpan. Beli marker tulis je kat belakang tu. Best tak idea aku ni?

Memang menyusahkan, terpaksa aku beli parang baru dan sebagainya. Mungkin ada yang suggest suruh bawak balik je lepas guna. Sesetengah tu macam racun kang tumpah senyap-senyap dalam kereta takut terhidu pula. Jadi aku sorok jela didalam semak-semak belakang pokok . Kalau letak kat pondok memang hilangla jawabnya.

Okla cukupla aku mengomel lepas geram. Apa pun terima kasih kerana sudi singgah diblog aku ini. Ye ramai blogger yang dah stop menulis ..aku ja yang gagah tulis juga walaupun follower mahupun pembaca yang singgah tak seberapa.

lagenda filem, pelakon lama era 60an
Dalam kenangan..


Ini entri aku yang terakhir buat tahun 2018 ni ..so aku pun kena cuti panjang sikit..terima kasih dan jumpa lagi tahun depan..!



3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...