Halaman

Translate

Rabu, 24 Oktober 2018

Asal Usul nama Kanada (CANADA)


CANADA

the flag of canada,kanada,bendera kanada


Sejarah Kanada telah didiami oleh ramai puak asli. Kajian arkeologi menunjukkan bahawa kawasan Kanada telah didiami manusia sejak 26,500 tahun yang lalu du Yukon. Orang dari Eropah pertama yang datang ke Kanada, ialah orang Viking yang mendirikan petempatan di L'Anse aux Meadows pada 1000 M. John Cabot dari England tiba di pantai Kanada pada 1497, manakala Jacques Cartier dari Perancis tiba pada 1534.

Nama Canada datangnya dari bahasa Iroquois St. Lawrence, iaitu perkataan kanata yang bererti "desa" atau "petempatan"Pada tahun 1535, para penduduk asli di rantau yang kini menjadi Bandar Raya Quebec menyebut perkataan kanata ketika menunjukkan arah ke desa Stadacona kepada penjelajah Perancis, Jacques Cartier. Cartier kemudiannya menggunakan perkataan Canada bukan sahaja untuk memaksudkan desa itu, bahkan juga seluruh kawasan taklukan Donnacona (penghulu Stadacona); menjelang tahun 1545, buku-buku dan peta-peta Eropah mula memanggil rantau itu dengan nama Canada.

Pada abad ke-17 dan awal abad ke-18, Canada ialah nama bagi sebahagian wilayah Perancis Baru yang terletak di sepanjang Sungai Saint Lawrence dan pantai utara Tasik-Tasik Besar. Kawasan itu kemudiannya dipecahkan kepada dua jajahan British, iaitu Upper Canada dan Lower Canada. Kedua-duanya disatukan semula menjadi Wilayah Kanada (Province of Canada) pada tahun 1841.
Pada tahun 1867, gabungan the Provinces of Canada, Nova Scotia, and New Brunswick telah membentuk menjadi sebuah negara "Dominion of Canada"..Nama rasmi ini telah diguna pakai sehingga tahun 1970++.

Kerajaan persekutuan kerap menggunakan perkataan Canada sahaja dalam dokumen, perjanjian dan surat surat rasmi kerajaan. Akhirnya hari kebangsaan negara yang dipanggil hari Dominion telah ditukar kepada hari Canada pada tahun 1982.

P/s: masa mula mula aku buat blog banyak visitor dari Kanada.. Aku pun hairan, mungkin student kita kot yang lawat blog aku ini. Bagaimana pun aku dah menunaikan janji aku sendiri untuk tulis tentang Kanada sebagai penghargaan terima 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...