Halaman

Translate

Khamis, 30 Jun 2016

Suatu hari diHari Raya - Terkenang Semasa Dahulu

Suatu hari diHari Raya –terkenang semasa dahulu

Mekah,mecca,kaabah

Hari raya pun bakal menjelang tiba tak lama lagi. Persiapan raya macam mana? Bagi aku raya tahun ni aku sambut secara besederhana sahaja, yelah kenalah budget sikit lepas raya pun nak kena belanja juga. Aku cuma cuti tiga hari bermula sehari sebelum raya, raya ketiga aku dah kena bertugas semula. Bagi mereka yang pernah baca entri-entri aku sebelum ni mungkin tahu dah banyak kali raya aku kena kerja. Demi tugas buat juga la kan.

Rabu, 8 Jun 2016

Ramadhan 2016 - Jujurlah wahai para peniaga sekalian

Ramadhan 2016  - Jujurlah wahai para penjual semua..

masjid di madinah
Masjid Nabawi


Bulan Ramadhan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam amnya. Dibulan inilah kita berlumba-lumba membuat amal ibadat dan kebajikan sebanyak mungkin. Rugilah kalau tak ambil kesempatan dibulan yang mulia ini.

Kepada para pembaca yang selalu singgah atau yang kebetulan singgah, aku ucapkan selamat berpuasa dan menempuhi Ramadhan dengan sebaik mungkin. Biasalah bulan Ramadhan ini jugalah nafsu kita tiba-tiba kuat. Kuat makan, kuat tidor dan kuat shopping..ha betul tak? He he.. Janganlah boros bila berbelanja (pesanan untuk aku jugak).

Kepada mereka yang berniaga makanan di bazar Ramadhan tu, berniagalah dengan jujur. Jangan nampak untung sahaja. Harga biarlah berpatutan. Tahun lepas aku pernah membeli pati air kelapa dimana aku hampa sekali kerana rasanya seperti air paip, rasa kelapa sangat sedikit. Janganlah buat begini..mengundang kemarahan orang dan dah tentu keberkatan berniaga itu tiada sebaliknya dosa pula yang dapat. Kalau nak kaya dengan menjual mercun pun tak payahlah, saban tahun mesti ada kes yang putus jari, muka pecah dan sebagainya.


Oklah cukuplah ngomel serba sedikit.. dibawah aku letakkan link-link lama yang mungkin bersesuaian dengan bulan puasa ini. Mungkin ada yang anda suka baca sebab aku tak rasa nak menulis sangat dibulan puasa ni..so klik la mana yang berkenan  J

Sila klik skip add kalau x nak tengok iklan  (20saat je iklan tu)..














“Selamat Berpuasa”