Halaman

Translate

Sabtu, 19 Mac 2016

Rachel Corrie - Dilupakan Jangan

Rachel Corrie – dilupakan jangan


dilupakan jangan,rachel,corrie,rachel corrie,buka minda,peluangtercipta
Rachel Corrie with love
Artwork by Palestinian Artist Imad Abu Shtayyah

Isnin, 14 Mac 2016

Berbuatlah kebaikkan meski tiada mata yang melihat..

Berbuat baik meski tiada mata memandang


mata,berbuat baik,#buka minda


Assalamualaikum dan salam satu dunia..
Lama juga aku tak post disini kan? Maaflah ada urusan yang agak penting yang kena dibuat dan aku mengambil kesempatan untuk berehat dari menulis baru-baru ini. Oklah back to topic kita pula kali ini.

“Berbuat baik meski tiada mata memandang”

Apa benda aku nak citer ni? Well citernya senang dan simple ja..kisahnya begini:

“Suatu hari aku pergi makan char-kuey-teow, meme sedap!. Lalu aku menceritakan kisah aku ini kepada kawan aku yang tinggal dikawasan tersebut lalu dengan muka yang serious kawan aku bagitau orang situ memang tak suka makan kat situ. Oh! Kenapa? Aku mula bertanya pada rakan aku apa sebabnya. Menurut kawan aku diwaktu petang balang jeruk ada yang terbuka dan banyak lalat menghurung dan ada juga yang nampak beberapa lalat pernah jatuh didalam baling. Kisah kedua, pernah sekali ternampak sudu jatuh diatas lantai dan tanpa membasuh diletak semula kedalam pinggan.”  - tamat kisah.

Secara rumusannya aku nak simpulkan begini  : disebabkan pekerja dikedai tersebut merasakan tiada yang nampak maka diambil semula sudu tersebut dan diletak kedalam pinggan. Perbuatan pekerja tersebut telah dilihat oleh orang lain maka kedai tersebut mendapat publisiti yang buruk (bad publicity). Yang rugi ialah majikannya, makanan sedap macam mana pun kalau pekerja pengotor memang takkan maju kedai beliau.
Disini pentingnya nilai-nilai murni dalam sesuatu organisasi. Pentingnya nilai ini diterapkan dalam diri setiap pekerja (walau kena paksa sekalipun) agar imej organisasi yang diwakilinya tidak tercemar.

Dalam hal lain pun boleh berlaku, contohnya dikawasan perumahan seperti flat dimana masalah pembuangan sampah berleluasa. Malas nak berjalan buang saja sampah sesuka hati sebab tiada mata yang melihat. DiMalaysia tahap kesedaran sivik kita tidaklah sehebat mana (maaf) berbanding negara maju yang lain.
Memang banyak manusia bersifat begini bila tiada mata melihat mulalah ambil kesempatan, ambil mudah, curi tulang dan sebagainya. Ini cuma sebahagian dari contoh diharapkan para pembaca blog ini juga mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi. Diharapkan apa yang aku cuba sampaikan dapat difahami oleh kalian..

Oklah untuk kali ini, lain kali kita sembang lagi…
ByeJ

-p/s : tak larat nak hurai panjang2 he he

Selasa, 1 Mac 2016

Pusat Rawatan Islam Al-Mustaqim - biadap


Pusat Rawatan Islam Al-Mustaqim

Pusat Rawatan Islam Al-Mustaqim..pernah dengar? TAK PERNAH? OOO ok sama la juga dengan aku. Lokasi pusat rawatan ini letaknya di Lunas, Kedah. Femes tak femes aku tak tahu la pulak. Bagaimana pun ada sedikit perkara yang aku nak hebahkan.
Dalam minggu lepas aku telah diminta menelifon untuk bertanya samada pada hari tersebut pusat rawatan ini buka atau tidak. Maka aku pun start buat phone call.. Berikut ialah butir perbualan tersebut :

Aku - Assalamualaikum..
Pusat rawatan – hmm..
Aku – Boleh saya tahu tengah bercakap dengan siapa?
Pusat rawatan – Heii..hang talipon aku hang tanya aku pulak cakap dengan sapa? (loghat kedah). Awat hang gila ka apa ni??
Aku – ha..err.Ustaz hari ni bukak tak?
Pusat rawatan – bukak ..bukak ..bukak apa? Bukak seluaq ka? Aku tak dak masa nak layan orang gila macam hang..dah ..dah…(Off handphone)
-tamat-

Wah hebat betul! Memang buat aku naik hangin balik!!  Hebat sangat ka orangtua ni? Maka aku pun mula merayau dalam facebook dan google. Dengan murah hati aku meninggalkan komen pada setiap laman yang aku jumpa. Promosi percuma dari aku termasuk apa yang tengah aku buat sekarang.
Rupanya banyak blog juga orangtua ni buat. Menurut siasatan edisi siasat aku blog-blog ini dibina oleh anak beliau yang masih bersekolah ketika itu..ketika ini aku tak amik tau anaknya dah habis sekolah atau tidak. Kreatif anaknya membantu buat promosi pusat rawatan ayahnya.

Dibawah ialah komen salah seorang yang pernah terkena layanan istimewa dari beliau :

pusat,rawatan,islam,al-mustaqim,lunas,kulim,kedah,pusat perubatan islam,ustaz fadzly


Korang nilailah sendiri dari perbualan aku dan juga screenshot diatas. Dimana adab beliau sebagai seorang ustaz? (Ustaz fake rasanya nih). Tak boleh ka cakap elok-elok? Sombong entah apa-apa. Dari apa yang aku siasat aku yakin beliau bertuhankan duit. Ikhlas atau tidak beliau mengubati pesakit, itu aku tak tau..biarlah tuhan yang tentukan. Tetapi perbuatan beliau yang biadap itu wajar buat aku memberi sedikit publisiti dan meletakkan artikel aku dalam google supaya mereka yang memcari perkhidmatan beliau berfikir masak-masak. Nak juga berjumpa ..terpulang..anda telah dinasihatkan.

Sekian terima kasih
J

#pusatrawatanislamalmustaqim
#xsupportpusatrawatanmcmni

#biadap