Halaman

Translate

Sabtu, 22 Ogos 2015

Bagaimana hendak menghalau lalat

Bagaimana hendak menghalau lalat?

lalat,obama,cara bunuh lalat
image sources : telegraph.co.uk


1)    Ambil beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biar terdedah di ruang dapur
2)    Guna dua batang lilin dan nyalakan.Letak diatas meja makan. Lalat memang tidak menyukai haba dari lilin
3)    Ambil beberapa cili besar dan belah dua lalu diletakkan diatas meja.
4)    Kibaskan daun belimbing kepada lalat Insyaallah lalat akan pergi jauh.
5)    Letak daun kari (secekak) ke dalam bekas berisi air.dan biar disuatu sudut tempat makan.
6)    Ambil kulit kayu manis dan tumbuk hingga hancur. Taburkan ke meja makan jika tidak mahu lalat singgah

7)    Boleh juga digantungkan satu uncang mengandungi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih didalamnya. Gantung ditempat yang selalu dikunjungi lalat seperti ruang makan dan sebagainya.

Jumaat, 14 Ogos 2015

Tips jika tercekik tulang ikan

Petua Tercekik Tulang


tercekik,tulang,ikan,tercekik+tulang,tips tercekik tulang
Imej kredit : google.com


Bila makan ikan yang bertulang banyak dan halus kalau tak berhati-hati akan menyebabkan tulang ikan akan tersangkut. Bila tersangkut jangan gelabah. Petua dibawah boleh diamalkan untuk situasi begini.

1.      Nasi atau pisang
Kepalkan nasi atau pisang dan terus telan. Jangan lupa baca bismillah dulu dan ada juga saranan membaca tiga qul sebelum menelannya.

2.      Air basuhan tangan kita.
Cuci tangan hingga bersih dan ambil air masak. Basuh tangan anda menggunakan air masak tadi dan minum semula air yang dibasuh tadi.

3.      Minyak masak
Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak. Sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan beransur reda.

4.      Madu
Celupkan jari kedalam madu. Berselawat 3 kali dan hisap jari tersebut. Dngan izin Allah tulang ikan tersebut akan terkeluar.

Jikalau tak berkesan cepat-cepat la ke hospital atau klinik yang berdekatan.
Selalunya petua nombor satu tu yang selalu aku amalkan. Yang lain tak pernah pun.

Info ini diambil dari Facebook Rahsia Hawa….

Semoga kita mendapat manfaat..





Rabu, 5 Ogos 2015

Pepatah Lama Negeri Sembilan, biar hilang dimata

Pepatah lama Negeri Sembilan
“Mungkin dapat nan dihati tak dapat nan dimata
Mungkin dapat nan dimata tak dapat nan dihati”

Ini adalah pepatah lama Negeri Sembilan. Kalau nak dengar sebutan yang betul korang bacalah dalam dialek nogori he he.
Pepatah ini terpahat didalam otak penulis sudah lama. Malah penulis tidak ingat isi kandungan buku yang penulis baca. Rasanya penulis membacanya didalam perpustakaan kira-kira belasan tahun yang lalu.
Huraian pepatah ini akan dihuraikan mengikut pemahaman penulis sendiri, kalau pakar sastera mungkin akan dihurai lebih mendalam.

Makna pepatah ini.
Baris pertama “mungkin dapat nan dihati tak dapat nan dimata

Maksudnya : kita mungkin dapat apa yang kita idamkan tetapi tetapi tetap ada kekurangan jika dilihat betul-betul.

Contoh: kita berkenan terhadap sesuatu benda, smartphone. Kita dapat apa yang diidamkan tetapi bila dah beli terdapat sesetengah fungsi yang tiada yang tak boleh langsung digunakan. Sudah tentu dikala beli kita amat gembira tetapi bila mengenangkan beberapa perkara yang tak boleh dilakukan smartphone tersebut kepuasaan hati kita tidak mencapai tahap seratus peratus.  Nampak tak?

Baris kedua “mungkin dapat nan dimata tak dapat nan dihati

Maksudnya : cantik dimata sahaja tetapi tidak pada hati kita, mudah sahajakan?
Contoh : kita dapat wanita yang selalu kita perhatikan. Cantik,putih dan lemah lembut. Namun apabila dah berkahwin barulah kita tahu tentang sifatnya yang sebenar.Suka mengumpat,tidak pandai menguruskan rumah,boros dan sebagainya. Segala sifat ini memang bertentangan dengan apa yang kita tengok secara hebat pada luaran tetapi dalamannya memang teruk.

Keseluruhan pepatah ini merungkapkan maksud bahawa tiada perkara yang benar-benar sempurna. Semuanya ada yang nampak sempurna dimata sahaja dan ada juga nampak dihati.

Sejarah,motif dan kesesuaian pepatah
Kalau ikut sejarah, ianya memang lama dan tidak diketahui siapa yang mengucapkan pepatah ini (Penulis memang tiada info tentang ini).
Motif pepatah ini sebenarnya adalah sejenis nasihat. Nasihat memujuk hati.boleh juga dikatakan ayat-ayat memujuk dan juga berjaga-jaga membuat pilihan. Asal pepatah ini memang penulis menjangka ianya digunakan ketika mencari jodoh dan ketika itulah pepatah ini digunakan sebagai kata-kata nasihat.

Kesesuaian ayat ini memang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Berjaga-jaga membuat pilihan mencari teman hidup. Kita manusia juga tidak semestinya membuat pilihan yang tepat kerana adakalanya tersasar jua kerana memilih mengikut hati dan pandangan sahaja. Segala perkara yang telah dihitung sempurna pun manusia tetap akan tersilap kerana kita tidak dapat menghitung semua perkara dengan tepat.
Sampai disini sahaja ulasan yang dapat diberi, disini penulis memohon maaf sekiranya ulasan ini bertentangan pendapat dengan pakar bahasa atau pakar sastera. Ilmu yang ada sedikit sahaja. Tujuan penulis cuma hendak memperkenalkan pepatah ini dimana rasanya amat sedikit yang tahu. Sebelum ianya benar-benar hilang dimata biarlah disematkan didalam blog ini. Wassallam..

angkasa,angkasawan,pepatah lama,lama
baru balik dari bulan...


p/s – sekali sekala guna ganti diri sebagai ‘penulis’ he he

#bukaminda #pepatahlama #n9 #negerisembilan