Halaman

Translate

Sabtu, 30 Mei 2015

Sabtu, 16 Mei 2015

Aiskrim Kelapa Mamma-Miya

Mama-Miya Cocunut Ice-cream


Selepas selesai menghadiri kenduri maka aku bergerak mencari aiskrim kelapa yang famous di Pulau Pinang ini. Sebelum ini pernah juga cari tetapitak jumpa, sebab apa? Sebab maklumat yang aku dapat dari beberapa blog tu silap..hampeh betui. Bukan Chulia street tetapi lebuh Pantai ler…Akhirnya jumpa jugak.


mamma miya ice-cream,aiskrim sedap


makan aiskrim,mamma-miya
ramai jugak customer petang tu



ice-cream penang,penang famous ice-cream
nampak sweet je kan



the best ice-cream in town



lokasi ice-cream mamma-miya


Lepas makan bolehla ronda-ronda dekat-dekat situ sebab boleh tengok street art , lukisan yang dilukis pada bangunan-bangunan lama disitu.

Alamat:
Ada dua kedai tau

143 lebuh pantai (sebaris dengan balai Bomba Lebuh Pantai)
10300 Pulau Pinang

No 6 Lebuh Cannon
10200 Pulau Pinang


p/s : kaki sakit kena charlie

#ice-cream

Jumaat, 8 Mei 2015

Makanan ini sangat mahal


Salam bahagia semua.jemput baca

Kulat Tanah Itali
Harga : RM681,015.60

1.Sejenis kulat bawah tanah yang dikatakan hanya terdapat di Itali sahaja. Dalam satu acara lelongan amal di Macau, China, ianya telah dibeli oleh seorang lelaki warga Hong Kong seberat 1.5 kilogram sahaja. Hmm..makan seminggu habisla kulat tu…

2.Telur Ikan Almas
Harga : RM78,21.25


telur_ikan_almas,almas,egg


Dikatakan semakin putih telurnya semakin sedap rasanya. Dikatakan yang paling sedap adalah dari induk yang berusia 100tahun.Ikan Almas Iran dikatakan paling sedap hinggakan ianya dijual dalam tin emas 24 karat. Wow tin tu kalau dibuang kaya la dapat kat sesiapa yang kutip mau jadi kaya sekejap he he.

3. Tembikai Densuke
Harga: RM19,229.34


tembikai,densuke,densuke black,black watermelon

Tembikai berwarna hitam..pernah tengok? Mungkin ada yang pernah. Pernah makan? Yang ni aku rasa mungkin tiada siapa pun yang pernah makan mungkin yang kategori jutawan sahaja kot yang mungkin pernah makan.

Tembikai ini dikatakan hanya terdapat di sebuah pulau di utara Hokkaido, Jepun. Setiap musim dikatakan hanya terdapat 65 biji sahaja.

4. Coklat Chocopologie
Harga : RM8197.41 per 0.5 kilogram.

Mahal bukan? Dibuat oleh Knipschildt (tahu sebut tak?) pada harga RM8197.41 per 0.5 kilogram. 70 peratus mengandungi koko volrhana dan coklat hitam lembut. Coklat ini adalah buatan tangan dan hanya boleh dimiliki secara pesanan sahaja..

Amacam ..kagum tak J

Sumber: Infinity