Halaman

Translate

Sabtu, 31 Januari 2015

Alexa ranking : hatiku jatuh merundum!!

Boxing glove

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..

Entah kenapa permulaan tahun 2015 macam tak berapa best pulak. Ranking dah jadi 5juta plus plus... Tertanya tanya jugak la minah Alexa ni marah kat aku ker? Adakah sebab entri awal tahun hari tu bila aku kata akan sibuk sikit, terus ranking merundum? Pelik la juga...

Perlukah aku survey tips cara menaikkan ranking Alexa? Mungkin juga Alexa nak aku  post entri sekerap mungkin tetapi memang susah la.. Nama pun part-time blogger so kena buat cara part-time la kan. Kalau susah sangat nanti aku pi jumpa Alexa tu sendiri tanya apa masalah dia dengan aku.. settle..

Apa yang aku plan masa awal tahun tempohari banyak yang dah tercapai. Tanah, rumah banyak yang dah settle.. Alhamdullilah!!

Pesan aku,  kuatkan usaha takala umur masih muda.. Entri aku ini hanyala omongan ringan sahaja.. Tetapi betul hatiku merundum bila tengok ranking blog aku sendiri..

Sehingga berjumpa lagi....

Jumaat, 23 Januari 2015

Info Darah (type of blood)

Info Darah (type of blood)
red blood,blood,bloody,darah manusia,jenis jenis darah
Red Blood

Tahukah anda apakah jenis darah anda? Darah memang nampak sama merah tetapi ada beberapa jenis.

Jum aku nak sharekan sedikit maklumat berkenaan darah ini:


blood chart,types of blood,white blood,darah tinggi
kredit imej:steamcommunity.com


darah warisan,imej darah
kredit imej :cheesiemeck.com

Boleh tengok chart kat atas ini yer..he he aku malas nak buat chart so pinjam kat google je la.

*Darah jenis O- boleh dikatakan sebagai penderma universal kerana kesesuaiannya dengan semua jenis darah

*Darah jenis AB+ adalah penerima universal kerana darah jenis lain seperti A+-,B+-,mahupun O+- dapat diterima oleh pesakit yang berdarah AB+.

Dari semua jenis darah ini, yang mana satu jenis paling sedikit dikalangan manusia?

Jadi bagi mereka yang dari kategori darah O- , rajin-rajinlah menderma darah yer..

p/s-ranking Alexa aku jatuh ke tahap yang melampau…iskh geram jugak dengan Alexa ni…redho jelah

Khamis, 8 Januari 2015

Sembang Kosong : Apabila Kesibukan Menguasai Diri


Hai apa khabar? Sihat ke? Ha ha macam tulis surat karangan dulu-dulu la pulak… Selamat tahun baru sekali lagi aku ucapkan buat pembaca blog Buka Minda ini.
busy,sibuk,stress,buka minda,peluangtercipta,cipta,kejayaan
Kredit imej : Google


Kali ini sengaja aku nak bersembang-sembang sedikit. Entah – entah aku bersembang sorang-sorang kali ini. Masuk bulan Januari ini aku tiba-tiba agak sibuk dengan macam-macam benda nak buat. Bimbang jugala takut-takut blog terabai. Kalau takder entri baru korang kena paham itu tandanya aku sibukla tu..sebab tu aku tak buat advertorial pun (?). Aku sibuk mencari tanah yang sesuai untuk pertanian bersama rakan, yelah tiba-tiba aku terfikir nak menanam something..at least something yang boleh bagi pulangan semula. Urusan rumah pun lambat pulak selesai; dah bayar macam-macam pun kunci tak dapat lagi..buat pening kepala je. InsyaAllah aku settlekan pelan-pelan.

Ada juga buat bisness kecil-kecilan (bukan MLM atau pelaburanemas), untungnya sikit jer pun tetapi rasa seronok juga.Mana tahu suatu hari nanti jadi besar-besaran pula lagi best, betul tak? Kerja pun bertambah banyak pula ditempat kerja, yelah dulu buat berdua diletakkan seorang je (aku ler tu),mana tak banyak ye tak. Tetapi aku cool je..sorang kita buatla cara sorang ye tak J? Mungkin ada yang teringin nak tahu kalau sibuk sangat nak buat camner yer?

Ok setkan yang mana jangkamasanya pendek, selesaikan dulu. Yang mana dua kerja boleh diibuat dalam satu hari, ambillah cuti dan settlekan. Yang mana jangkamasanya panjang selesaikan perlahan-lahan. Itu jelah tips yang dapat aku kongsikan. Jangan serabutkan dengan banyak benda yang nak dibuat, buat perlahan-lahan. Apabila selesai ambil cuti pergi jer berehat kat mana-mana. Haa barulah mental dan fizikal kita ni rilek sikit.

Dalam kepala aku pun dah ada terfikir dua-tiga entri yang nak aku buat. Cuma nanti-nanti aku buat, yelah aku kan tengah sibuk sekarang ni. Penutup cerita, rancang lah dengan teliti apabila kesibukan menguasai diri..


“Those who wish to sing, always find a song!”

-Jumpa lagi J


 tag: aku sibuk


Sabtu, 3 Januari 2015

Mari Minum Infused Water

Infused water

Selamat Tahun Baru 2015 diucapkan buat pembaca yang singgah disini. Moga-moga tahun ini Malaysia dijauhkan dari segala bencana dan aman makmur hendaknya.

Ok tahu tak apa itu infused water? Ada juga yang memanggilnya sebagai air detox kerana fungsinya membuang toksin dalam badan. Bunyinya ganas sikit so aku prefer panggil infused water lebih sedap dan sesuai rasanya. Bahasa mudahnya ialah air rendaman buah atau sayur/herba. Apa kelebihan minum air ini?


Sebagaimana yang diberitahu diatas ianya dapat membuang toksin dari badan dan juga ianya menyihatkan tubuh badan kerana khasiat yang terdapat dalam buah yang direndam dapat diserap dengan mudah kedalam anggota badan. Sebagaimana yang kita tahu meminum air kosong memang baik untuk kesihatan kita bagaimana pun mungkin ada sesetengah orang yang tak berapa gemar sangat minum air kosong; jadi bolehla minum air yang ada rasa sedikit ini. Ada beberapa kelebihan lagi jika meminum air ini nanti aku terangkan kemudian.


air rendaman buah
timun + lemon + pudina