Halaman

Translate

Jumaat, 21 November 2014

Duit Maintenance Rumah Pangsa - satu bebanan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Topik aku kali agak sensitif sikit kerana ianya melibatkan penghuni rumah pangsa. Aku dapat idea pun apabila berbual dengan rakan-rakan yang menduduki rumah pangsa ini. Ada pro dan kontra juga sebenarnya.Aku bukanlah menteri yang dapat menyelesaikan masalah sebegini tetapi jum kita kaji serba sedikit.

rumah flat untuk dijual,harga rumah flat2015,rumah flat,flat,pangsapuri untuk dijual
gambar hiasan

Sabtu, 15 November 2014

Siapa sebenarnya Dracula?

Kisah Dracula@Count Dracula


dracula,siapa itu dracula,dimana dracula sekarang




Diterbitkan pada tahun 1897, novel Bram Stoker  yang Gothic ini "Dracula" meliputi keseluruhan kesusasteraan dan filem mengenai Vampire adalah genre utama beliau, menggunakan kuasa ghaib serta angka-angka jahat  mereka mula untuk memburu manusia dan minum darah mereka. Untuk membuat antihero abadi beliau, Count Dracula, Stoker mendapat idea menarik daripada cerita rakyat popular Pusat Eropah tentang Nosferatu ("Undead"), tetapi dia juga seolah-olah telah diilhamkan oleh cerita  sejarah abad ke-15 Romanian putera Vlad Tepes, atau Vlad the Impaler. Dilahirkan di Transylvania sebagai anak kedua bangsawan Vlad II Dracul, beliau mengambil nama Dracula yang bermaksud "anak Dracul," apabila dia telah memulakan misi mengikuti perintah rahsia kesatria Kristian yang dikenali sebagai Perintah Naga. (Di Romania, Dracul bermaksud "naga.")

Sebagai pemerintah Walachia (kini sebahagian daripada Romania), Vlad Tepes menjadi terkenal dengan taktik kejamnya terhadap musuh-musuh beliau, termasuk penyeksaan, pencacatan dan pembunuhan beramai-ramai. Walaupun dia tidak menjauhkan diri daripada disembowelment, pemenggalan leher atau mendidih atau menyelinap kulit mangsa hidup-hidup , kaedah pilihan beliau penyulaan, atau mencucuk kayu melalui badan-badan mereka dan meninggalkan mereka  mati akibat dibedah. Semasa kempen menentang penceroboh Uthmaniyyah pada tahun 1462, Vlad dilaporkan mempunyai seramai 20,000 mangsa dipaku di tebing Danube. Ditangkap olehpihak berkuasa Hungary dan dipenjarakan, beliau akhirnya berjaya mendapatkan semula kerusinya (kedudukan) dalam 1476, hanya untuk dibunuh dalam pertempuran yang berlaku pada tahun yang sama. Sesetengah penemuan amat mengerikan mendakwa bahawa Vlad suka makan di kalangan badan mangsa yang telah dipaku , dan juga akan mencelup roti ke dalam darah mereka. Butir-butir ngeri, serta nama anak angkat yang sah beliau (Dracula) dan tempat kelahiran beliau Transylvania, telah meyakinkan ramai ahli ilmuan yang Vlad the Impaler inspirasi Stoker  untuk cerita  vampire beliau yang terkenal itu.

Baru-baru ini filem Dracula untold telah ditayangkan. Ianya jelas cuba membayangkan kejahatan orang Islam. Memang mengecewakan..kalau ada sambungan janganlah pergi tengok ye.
Camner takut tak?

*vampire = Pontianak ,tetapi biasanya Pontianak ni untuk pompuan je kan (?)

Baru-baru ini filem Dracula untold telah ditayangkan. Ianya jelas cuba membayangkan kejahatan orang Islam. Memang mengecewakan..kalau ada sambungan janganlah pergi tengok ye.

-aku telah menyimpan artikel ini agak lama sebenarnya..bila ‘Dracula Untold’ ditayangkan aku agak serba salah pula nak publish.


Ahad, 9 November 2014

Perempuan cina bila memandu sangat merbahaya?

chinese girl and car,perempuan,cina,cina di malaysia,cinta perempuan

Gambar hiasan semata-mata (imej google)


“Perempuan cina kalau memandu atas jalan memang bahaya..”ujar rakan aku beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya aku agak terkejut juga dengan statement beliau ini. Aku sendiri tertanya-tanya benar kah kenyataan beliau ini?

Sebelum itu biar aku jelaskan dulu, aku bukanlah seorang chauvinist apatah lagi mengamalkan rasis.

Benarkah dakwaan rakan aku ini??

Beberapa hari selepas itu berlaku satu peristiwa apabila sebuah kenderaan tanpa sebarang isyarat tetiba masuk dihadapan keretaku..goosh nasib baik aku cepat memberek.Bila aku berhenti sebelah lampu isyarat rupa-rupanya seorang wanita cina dalam lingkungan 30’an yang memandu. Dalam minggu yang sama beberapa kejadian yang sama juga berlaku dan setelah diaamati..wanita cina lagi. Tiba-tiba aku terbayang rupa kawan aku dengan kata-katanya..’Perempuan cina kalau memandu memang bahaya, ikut suka dia je nak masuk mencelah ke nak lintas jalan lah’.

Malah selepas itu setiap kali berlaku dan apabila aku tengok wajah yang memandu itu adalah perempuan cina aku mengganguk setuju dengan kenyataan rakan aku itu. Bagaimana pun aku nak tanya pembaca, benarkah atau aku hanya berillusi dengan kenyataan tersebut..?

Kenapa mereka memandu begini? Mungkin juga rakan atau saudara-mara lelaki yang menggalakkan cara pemanduan ini. Mungkin juga mereka memberitahu jangan takut bila bawa kereta,kalau nak masuk, masuk cepat-cepat. Mungkin ini nasihat yang diberi mengikut teori aku bila dok fikir sebab-musabab pemanduan yang merbahaya ini.Tetapi aku tak adalah nak tanya pun, bukan penting pun lainla kalau aku kena siapkan tesis kan?

Sebenarnya apa yang berlaku?

Secara logiknya pemanduan yang bahaya ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, ini realitinya.Apa yang berlaku keatas aku adalah akibat telah di ‘brain wash’ sedikit oleh statement kawan aku tadi ha ha.
Buat perempuan cina diluar sana, jangan tersinggung tau..kalau anda memang memandu secara merbahaya ubahla cara pemanduan anda. Nasihat ini untuk semua tau,korang jangan nak gelak kat diaorang pula sebab teguran aku tadi. Semua sama sahaja. Kalau kita pandu secara merbahaya,ubahlah sebelum terjadi kemalangan yang bisa meragut nyawa!!

Akhir kata: “Pandu cermat, Jiwa selamat”


p/s-karangan tak menepati piawaian SEO..ha ha..